window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SIRIM: Banyak pengecaj EV di Malaysia tidak diiktiraf, ujian mandatori kini disebut, proses dipendekkan

Hans ยท Apr 18, 2024 10:37 AM

SIRIM: Banyak pengecaj EV di Malaysia tidak diiktiraf, ujian mandatori kini disebut, proses dipendekkan 01

Kalau anda nak tahu, kebanyakan pengecaj EV di Malaysia tiada sijil pengiktirafan SIRIM. Pengiktirafan ini tidak wajib untuk pengecaj EV, iaitu dalam kategori Electric Vehicle Supply Equipment (EVSE). Kini SIRIM mencadangkan untuk menjadikan ia mandatori.

Sekarang, sudah ada banyak agensi yang menyediakan pengecaj awam termasuk Suruhanjaya Tenaga dan majlis tempatan, tetapi EVSE mereka tidak diperiksa. Malah, EVSE yang dipasang di rumah pemilik EV juga tidak dikawal selia.

Kata Presiden dan CEO SIRIM Bhd, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad dalam laporan New Straits Times, "Pensijilan SIRIM untuk pusat yang berkait dengan EV mungkin akan diwajibkan dalam satu atau dua tahun lagi".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Pensijilan SIRIM tidak diwajibkan sekarang kerana kerajaan hendak memberi syarikat masa untuk membangunkan lagi industri elektrifikasi".

"Banyak syarikat sudah menghantar produk mereka untuk mendapat pengiktirafakn SIRIM, tetapi banyak juga yang belum," kata beliau di samping menambah bahawa tempoh ujian kini telah dipendekkan dari 6 bulan kepada 2 bulan sahaja.

Jelas beliau lagi, "Kami ada pusat pemeriksaan bateri di Kulim, Kedah. Kami juga ingin memastikan bahawa port mengecaj EV di Malaysia selari dan menepati standard antarabangsa supaya pengguna selamat menggunakannya pada EV mereka".

Kalau anda nak tahu, EVSE juga digunakan pada kereta hibrid plug-in (PHEV).

Setakat akhir 2023, sudah ada 2,020 buah EVSE telah dipasang di Malaysia.

Hans

Head of Content

Over 15 years of experience in automotive, from product planning, to market research, to print and digital media. Garages a 6-cylinder manual RWD but buses to work.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia