window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Samaran Hyundai Santa Fe 2024 (MX) dijumpai di Indonesia - bakal menjadi pasaran RHD pertama?

Faisal Β· Apr 17, 2024 01:24 PM

Samaran Hyundai Santa Fe 2024 (MX) dijumpai di Indonesia - bakal menjadi pasaran RHD pertama? 01

Sumber: OtoDriver

Indonesia merupakan hab Asia Tenggara Hyundai. Banyak yang telah mereka labur di sana untuk kilang pemasangan Hyundai Creta, Ioniq 5 dan crossover 7-tempat duduk Hyundai Stargazer.

Dengan intipan Hyundai Santa Fe generasi baharu (MX) di Jakarta seperti yang dilaporkan oleh OtoDriver, Indonesia juga mungkin menjadi pasaran pandu belah kanan (RHD) pertama yang akan melancarkan SUV segmen D baharu itu.

Kalau anda nak tahu, unit tersebut dipercayai digunakan atas tujuan ujian dalaman.

Samaran Hyundai Santa Fe 2024 (MX) dijumpai di Indonesia - bakal menjadi pasaran RHD pertama? 02

Santa Fe spesifikasi di Filipina

Secara amnya, Santa Fe generasi ala Land Rover ini membuat debut global pada Julai 2023. Empat trenkuasa didatangkan yang mana ia merangkumi dari nadi 2.5L turbo hingga 1.6L hibrid plug-in (PHEV).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaHyundai Santa Fe 2023 generasi baharu didedah - Land Rover Defender versi Korea!

Untuk ASEAN, Santa Fe MX membuat debut rantau di Filipina iaitu pasaran pandu belah kiri (LHD) seperti di Korea Selatan. Setakat ini, pasaran RHD belum ada. Malah untuk pasaran ini, generasi semasa (TM) masih beransur.

Untuk Malaysia pula, kita masih dengan Santa Fe model sebelum di mana versi facelift telah dipertontonkan pada tahun lalu. Tiga varian akan ditawarkan termasuk dua varian 1.6L hibrid dan satu trim 2.2L turbodiesel.

Juga bacaHyundai Santa Fe (CKD) 2023 diprebiu di Malaysia; 3 varian, hibrid turbo, pelancaran pada November!

Dipasang tempatan (CKD) di kilang Inokom, harganya belum lagi diumumkan. Menariknya, eksport ke Thailand telah bermula dengan satu varian yang berharga THB 1,849,000 (~RM 246k).

Juga baca: Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Hyundai Santa Fe 2.2D Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda