window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k!

Faisal Β· Dec 4, 2023 11:03 AM

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k! 01

Hyundai Santa Fe facelift 2023 baru sahaja menembus pasaran Thailand. SUV segmen D ini sebenarnya diimport (CBU) dari Malaysia dan ia ditawarkan melalui varian solo pada harga 1,849,000 THB (~RM 246k).

Spesifikasi Hyundai Santa Fe facelift di Thailand hampir sama dengan varian Hybrid Max yang bakal dilancarkan di Malaysia nanti, kecuali ciri audio Harman Kardon.

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk trenkuasa, ia menggunakan enjin petrol 1.6L Gamma II T-GDI yang menghasilkan 180 PS/265 Nm. Nadi ini dipadankan dengan motor elektrik 44.2 kW, sekaligus memberikan output keseluruhan pada 230 PS/350 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Pada bahagian eksterior, Santa Fe facelift lengkap dengan lampu LED projektor, DRL LED dan lampu belakang LED. Rodanya menggunakan saiz 19 inci dengan profil tayar 235/55.

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k! 01

Masuk ke bahagian dalam, terdapat kluster digital 12.3 inci, but belakang berkuasa, rel bumbung, pemanas dan penyejuk tempat duduk depan serta fungsi memori untuk kerusi pemandu.

Ciri lain yang ada termasuklah infotainment 8 inci dengan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar, arahan suara, audio Harman Kardon, penyaman udara automatik dwi-zon dengan corong belakang, pengelap cermin automatik, kemasukan dan hidup enjin tanpa kunci, fungsi hidup enjin dari jauh, paddle shifter, cermin pandang belakang jenis elektrokromik dan pengecas tanpa wayar.

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k! 02

Beralih ke aspek keselamatan, Santa Fe facelift di Thailand lengkap dengan 6 beg udara dan ADAS Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri Smart Cruise Control (SCC), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan bermacam lagi.

Hyundai Santa Fe facelift 2023 dilancar di Thailand - CBU Malaysia, harga bersamaan RM 246k! 03

Kembali di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telahpun memperlihatkan Hyundai Santa Fe facelift 2023 dan tempahannya sudah dibuka sejak awal bulan lalu. Tiga varian akan ditawarkan iaitu Hybrid Plus, Hybrid Max, and Diesel Max.

Juga bacaHyundai Santa Fe (CKD) 2023 diprebiu di Malaysia; 3 varian, hibrid turbo, pelancaran pada November!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Hyundai Santa Fe 2.2D Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda