window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sime Darby ada pelan untuk tembus pasaran kereta di India, ekonomi ke-5 terbesar di dunia!

Faisal · Dec 1, 2023 04:30 PM

Sime Darby ada pelan untuk tembus pasaran kereta di India, ekonomi ke-5 terbesar di dunia! 01

Menurut laporan Reuters, Sime Darby Berhad sedang mempertimbangkan untuk menembus pasaran India dan berkembang di Indonesia bagi memanfaatkan pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson, "India sesuatu yang terlalu besar dan negara paling ramai penduduk di dunia. Malah, ia adalah ekonomi kelima terbesar dunia. Anda tidak boleh mengabaikannya".

Juga bacaNegara India serik dengan bunyi bingit, mahu tukar hon kenderaan kepada alunan muzik

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sime Darby ada pelan untuk tembus pasaran kereta di India, ekonomi ke-5 terbesar di dunia! 01

Beliau juga memaklumkan bahawa Indonesia merupakan ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan mereka telahpun menembus pasaran sana pada April lepas, khususnya di Jakarta dan Medan melalui jenama mewah BMW.

Juga bacaKereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara!

Sime Darby ada pelan untuk tembus pasaran kereta di India, ekonomi ke-5 terbesar di dunia! 02

Untuk makluman anda, Sime Darby adalah salah satu konglomerat tertua di Malaysia dengan perniagaan yang merangkumi perladangan dan pembuatan. Mereka sekarang beroperasi di 17 buah negara di serata dunia.

Kini, mereka memberi tumpuan kepada perniagaan perindustrian dan permotoran, termasuklah memasang kereta Porsche di Malaysia dan mengedar EV BYD di Malaysia dan Singapura.

Juga bacaSime Darby menang tender RM 37 juta untuk membekalkan 100 unit teksi BYD E6 elektrik di Singapura!

Sime Darby ada pelan untuk tembus pasaran kereta di India, ekonomi ke-5 terbesar di dunia! 03

BYD e6 di Singapura.

Ogos tempoh hari, Sime Darby mengumumkan pengambilalihan 61.2% pegangan dalam UMW Holdings Bhd yang memasang kereta Toyota di Malaysia dan memiliki pegangan dalam Perodua dengan harga RM3.57 bilion.

Perjanjian itu bakal menjadikan Sime Darby pemain automotif terbesar di Malaysia iaitu menguasai lebih 50% daripada pasaran automotif tempatan.

Juga bacaSime Darby terima sokongan pemegang saham untuk pembelian UMW, MGO akan mendapatkan lebihan bahagian UMW tidak lama lagi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda