window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton berpeluang menjadi jenama peneraju dalam industri EV di ASEAN - Tengku Zafrul

Faisal · Nov 30, 2023 02:19 PM

Proton berpeluang menjadi jenama peneraju dalam industri EV di ASEAN - Tengku Zafrul 01

Dalam majlis pelancaran Proton S70 tempoh hari, ucapan yang diberi oleh Tengku Zafrul turut merangkumi aspek masa hadapan Proton.

Proton berpeluang menjadi jenama peneraju dalam industri EV di ASEAN - Tengku Zafrul 02

X90 adalah model elektrifikasi pertama Proton iaitu teknologi hibrid-sederhana MHEV.

Kalau anda nak tahu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu memberi cabaran kepada Proton untuk menjadi peneraju buat kenderaan elektrik (EV) bukan sahaja di Malaysia tetapi dalam rantau ASEAN sekali. Beliau menambah bahawa selain produksi EV, Proton juga perlu meletakkan fokus pada pemasangan komponen mengecas.

Kata beliau, “Pasaran EV ASEAN dijangka mencecah 2.7 bilion USD menjelang 2027 nanti. Saya yakin Proton akan menangkap sebahagian daripada pasaran ini dan saya teruja untuk melihat apa yang bakal Proton bawa ke dalam pasaran ini dalam beberapa tahun akan datang”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSelepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia?

Proton berpeluang menjadi jenama peneraju dalam industri EV di ASEAN - Tengku Zafrul 01

Jenama EV pertama yang diuruskan oleh Proton.

Selain itu, Zafrul menggesa Proton untuk mengambil bahagian dalam projek ekosistem yang berkait dengan EV yang telahpun diluluskan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Dalam ucapan beliau, dimaklumkan bahawa antara 2018 hingga 2023, MIDA telah meluluskan sebanyak 59 projek yang keseluruhannya bernilai sehingga RM 26.2 bilion. Jadi, melalui ekosistem semasa dan insentif kerajaan, Proton sebenarnya boleh mengambil peluang ini.

Proton berpeluang menjadi jenama peneraju dalam industri EV di ASEAN - Tengku Zafrul 02

Sambung beliau, “Saya teruja untuk melihat usaha Proton mempertingkatkan lagi pembangunan ekosistem automotif, termasuk kenderaan generasi seterusnya dan EV. Kami perlu menaikkan lebih banyak lagi vendor tempatan melalui lebih pengetahuan dan pemindahan teknologi”.

“Maksud di sini adalah lebih R&D (pembangunan dan penyelidikan), sekaligus dapat menghasilkan bakat terkini untuk Malaysia supaya Proton boleh meningkatkan bahagian pasaran melebihi batas Malaysia”.

Juga bacaProton mungkin memilih "rebadge" kenderaan elektrik, sasar pelancaran model EV baharu sekitar 2025!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia