window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia?

Faisal ยท May 6, 2023 01:00 PM

Selepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia? 01

Rakyat Malaysia boleh mengharapkan sekurang-kurangnya satu kenderaan dielektrifikasi (xEV) baru dari Proton setiap tahun, janji Pengerusi Kumpulan Geely Holding, Eric Li.

"Kami akan menyokong Proton dengan teknologi, produk dan model perniagaan baharu untuk membantu Proton melancarkan sekurang-kurangnya satu model kenderaan tenaga baharu (NEV) setiap tahun," kata Eric Li yang juga pengasas pembuat kereta China itu.

Bagi anda yang belum tahu, NEV adalah istilah China untuk menggambarkan kenderaan yang boleh dicas, biasanya merujuk kepada kenderaan hibrid plug-in (PHEV) atau kenderaan elektrik bateri (BEV), tetapi bahan media Proton sendiri merujuk NEV sebagai hibrid-sederhana (MHEV).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia? 01

Eric Li juga menyatakan bahawa Geely merancang untuk menyokong pembuat kereta Malaysia (yang dimilikinya sebanyak 49.9%) dengan mengasah 5,000 bakat di dalam bidang NEV. Selain itu, mereka juga akan membantu membina infrastruktur dan ekologi bagi sektor kenderaan elektrik di Malaysia.

Untuk makluman anda, portfolio 'NEV' Geely di seluruh dunia merangkumi model elektrik serta jenama dari Lynk & Co, Zeekr, dan EV Smart dan jenama Smart akan rasmi di pasaran Malaysia pada separuh kedua tahun ini iaitu melalui SUV EV Smart #1.

Selepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia? 02

Eric Li mengulas semasa pelancaran Proton X90 di Kuala Lumpur pada petang semalam. X90 juga adalah kereta pengeluaran pertama Proton di Tanjung Malim yang dijana oleh elektrik iaitu menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinde yang dipadankan dengan arkitektur 48V untuk membentuk sistem MHEV.

Juga bacaMalaysia lancar Proton X90 - dari RM 124k, 6/7 penumpang, 1.5L TGDi MHEV, 4 varian

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia