window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya!

Faisal · Nov 30, 2023 10:54 AM

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 01

Penghantaran pertama buat Tesla Model 3 yang meliputi lebih 100 unit dari China sudah tiba di Malaysia. Majlis penyerahan yang berlangsung pada pagi semalam ini menyaksikan sekitar 20 pelanggan menerima kereta masing-masing di ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya. Kalau anda nak tahu, inilah satu-satunya lokasi penyerahan kereta Tesla Malaysia kepada pelanggan buat masa sekarang.

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 02

Turut dilancarkan juga adalah pusat servis Tesla rasmi yang pertama di negara kita iaitu betul-betul di belakang bangunan ibu pejabatnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 01

Dengan berlandaskan elemen Tesla yang sinonim dengan sentuhan simplistik, susunan di pusat servisnya juga agak ringkas. Hanya ada 7 bay servis termasuk satu untuk penjajaran tayar.

Apabila ditanya sama ada pusat servis ini akan turut mengendalikan Tesla yang dibeli dari pengimport, wakil dari Tesla Malaysia menjawab bahawa warantinya berdasarkan pada negara yang didaftarkan untuk kereta itu. Disebabkan itu, Tesla Malaysia tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan pada mana-mana unit import.

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 02

Walau bagaimanapun, pusat servis itu mungkin boleh menerima kerja-kerja kecil seperti perihal tayar tetapi dengan sejumlah fi. Hal diagnostik atau kerja membaik pulih tidak akan dibuat sama sekali, sama seperti jenama lain.

Untuk pengetahuan anda, pusat badan-dan-warna untuk unit yang mengalami kemalangan akan dibuka di Sungai Besi tidak lama lagi.

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 03

Dalam majlis semalam, servis Premium Connectivity turut dilancarkan di mana ia merupakan perkhidmatan internet dalam-kereta yang ditawarkan dengan bayaran bulanan pada RM 35.99. Melalui ini, pelanggan dapat memaksimumkan ciri yang ada pada Tesla mereka, termasuklah navigasi (dengan informasi trafik semasa), strim musik/media, melayari web dan macam-macam lagi.

Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya! 04

Bagi anda yang belum tahu, Tesla Model 3 yang rasmi di Malaysia diimport dari China dan ia ditawarkan pada harga berikut:

  • Tesla Model 3 Rear-wheel Drive (513 km, WLTP): RM 189,000
  • Tesla Model 3 Long Range Dual Motor All-wheel Drive (629 km, WLTP): RM 218,000

Juga bacaTesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Tesla Model 3 RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia