window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara!

Faisal · Mar 2, 2021 04:00 PM

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 01

Sewaktu persidangan webinar Nissan Futures 2021 pada tempoh hari, sebuah data mengenai kemudahan teknologi kereta elektrik (EV) di Asia Tenggara telah dibincangkan.

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 02

Antara analisis yang menarik di dalam data tersebut ialah tahap penerimaan EV oleh pemilik kereta mengikut negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 01

Kajian selidik yang dibuat mendapati bahawa 50% dari pemilik kereta di Indonesia sudah bersedia untuk menukar ke kereta EV, diikuti oleh negara Filipina (45%) dan Thailand (43%). Malaysia pula mencatatkan purata penerimaan kereta EV sebanyak 35%.

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 02

Penilaian ini dibuat berdasarkan kerisauan jarak pemanduan, fasiliti mengecas yang terhad, dan keselamatan teknologi EV itu sendiri. Yang baiknya, “kerisauan” ini berkurangan secara drastik setiap tahun. Pada masa yang sama, penerimaan pelanggan di rantau ASEAN juga semakin meningkat.

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 03

Kajian selidik ini juga mendapati bahawa 39% dari peminat kereta EV menggemari kereta elektrik yang berkuasa tinggi.

Secara keseluruhan, perbincangan di dalam webinar tersebut berpendapat bahawa insentif cukai dan penambahan fasiliti mengecas adalah faktor utama dalam meningkatkan penerimaan kereta EV.

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara! 04

Buat masa ini, Indonesia mempunyai sumber nikel (untuk produksi bateri lithium-ion) yang terbesar di dunia. Disebabkan itu, ia telah menarik pelbagai pelabur. Antaranya dari LG Chem, CATL, Hyundai, dan juga Tesla.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda