window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja

Mersita · Dec 12, 2021 11:59 AM

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 01

Kenderaan elektrik (EV) bukannya untuk semua orang dan ia bukan saja melibatkan persoalan tentang kadar pendapatan. Letak tepi hakikat tentang 70 peratus kereta baru terjual adalah yang berharga bawah RM 100,000; halangan lebih besar untuk ditangani ialah hakikat bahawa pemilikan kenderaan elektrik memerlukan kesabaran dan dedikasi tinggi terhadap pergerakan ke arah EV.

EV bukannya kereta yang anda boleh masuk saja dan pandu terus, atau dibawa untuk perjalanan jauh tanpa perancangan, dan anda tak boleh melencong ke mana saja anda suka dalam perjalanan sehingga mengakibatkan jarak pemanduan tambahan.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya, memang tak mustahil untuk memandu Porsche Taycan dari Johor Bahru sampailah ke Pulau Pinang, tapi anda harus pastikan laluan perjalanan sudah dirancang awal-awal tanpa sebarang perubahan, dan anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 aplikasi berlainan sedia dimuatnaik dalam telefon pintar anda untuk singgah caj bateri. Tiba-tiba nak singgah Ipoh layan Nasi Ganja pun boleh merisikokan ketibaan di destinasi anda.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 01

Selain itu, anda juga perlu doa banyak-banyak supaya tak tersekat di belakang kereta enjin petrol atau motosikal si bahlul yang parkir di kawasan port pengecas EV. Lagi parah jika ada kereta elektrik lain yang sedang dicas dan anda terpaksa menunggu – pengecasan ‘pantas’ anda yang sepatutnya makan masa 45 minit akan jadi 90 minit.

Inilah sebab mengapa Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, beranggapan bahawa pelanggan kaya yang memiliki banyak kereta dan ruang untuk mengecas EV mereka akan menjadi pelanggan awal mereka untuk model XC40 Recharge EV yang akan datang.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 02

Merujuk kepada realiti ini, agak mustahil dan naif bagi kita untuk harapkan EV boleh diterimapakai dalam skala yang cukup besar bagi membentuk ekosistem EV yang mampan dan tanpa subsidi – dan poin kedua itulah yang paling penting.

Situasi ini bukannya berlaku di Malaysia saja. Inilah dia realiti yang harus dihadapi dalam peralihan daripada enjin pembakaran kepada EV. Oleh itu, bagaimanakah lagi kerajaan di seluruh dunia boleh mendorong orang ramai untuk mencuba EV?

Bagi mereka naik teksi EV dan EV sewa apabila mereka sekeluarga pergi ke pulau peranginan – ini strategi perhubungan awam ‘tunjuk dan beritahu’.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 03

Idea menggunakan Langkawi sebagai tempat ujian untuk EV bukanlah satu benda baru. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sudah menjalankan percubaan dengan Four Seasons Langkawi pada 2012. Malangnya bagi Mitsubishi Motors, i-MiEV terlalu jauh ke depan dan terlalu awal kira-kira 5 tahun sebelum kedatangan Tesla. MMM dapat menjual kira-kira 15 unit i-MiEV di Malaysia.

Baca juga: Kenderaan elektrik (EV) - fenomena atau anjakan paradigma? Ini kata pakar

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 04

Pada 2012, tetamu hotel Four Seasons Langkawi boleh menggunakan i-MiEV secara percuma

Di Greece, dimana purata pendapatan rakyatnya tidak setinggi warga Jerman – kini peneraju pengambilan EV di Eropah – kerajaan Greek mahu memacu ekosistem EV dengan memperkenalkan EV kepada pengunjung pulaunya yang terkenal. Greece akan mengubah hampir semua pulau peranginannya kepada zon khusus EV.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 05

Model EV Citroen untuk kegunaan polis Greece di Pulau Chalki

Inisiatif “GR-eco Islands” oleh kerajaan negara itu akan bermula di Chalki, sebuah pulau kecil di timur Aegean. Chalki akan memperoleh kuasa elektrik sepenuhnya daripada infrastruktur solar 1 megawatt yang baharu.

PSA Group mendokong projek ini dengan meminjamkan pulau itu model-model Citroen dan Peugeot elektrik, termasuklah sikal empat-roda elektrik untuk digunakan sebagai komuter ‘last mile/first mile” sebagai selingan kepada bas-bas awam bertenaga elektrik.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 06

Di Porto Santo, Renault sedang membuat percubaan untuk projek penyimpanan tenaga di sana, dimana bateri-bateri terbuang digunakan oleh Renault Zoe akan digunakan semula sebagai penyimpan tenaga bagi menyimpan lebihan kuasa elektrik yang dijana oleh kuasa solar dan udara.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 07

Selain itu, di Astypalea pula, Volkswagen akan menyediakan EV siri ID mereka kepada semua syarikat kereta sewa dan penyedia servis perkongsian kereta di sana. Malah, anggota polis di pulau itu juga akan menggunakan ID4.

Skuter dan basikal elektrik juga akan disediakan untuk kegunaan penduduk dan pelancong di pulau.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 08

Skuter elektrik oleh Seat

Dengan cara ini, orang awam boleh mencuba EV pada kos yang rendah, merasa sendiri samada EV sesuai untuk keperluan mereka atau sebaliknya, dan penduduk tempatan juga boleh melihat/menilai sendiri samada EV memberi manfaat atau tidak kepada komuniti mereka.

EV juga menguntungkan syarikat-syarikat kereta sewa. Dengan kereta berenjin pembakaran, perbelanjaan untuk penjagaan/penyelenggaraan kenderaan memakan sebahagian besar daripada kos operasi mereka. Dengan EV, penjagaan kenderaan jadi lebih mudah – tiada minyak, klac, gasket, atau palam pencucuh untuk diganti.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 09

Kronos Car Hire, Santorini

Di sebuah pulau kecil, masalah jarak perjalanan tidak menjadi masalah langsung dan pemasangan infrastruktur pengecasan juga tidak perlu dibuat pada skala besar. Cas semalaman di hotel saja sudah mencukupi.

Mitsubishi i-MiEV melaksanakannya pada 2012, dan hampir sedekad selepas itu, EV masa kini sepatutnya boleh jalankannya dengan lebih baik.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 10

Sekurang-kurangnya dua konglomerat otomotif di Malaysia juga menyediakan servis kereta sewa – Sime Darby Motors memiliki Hertz manakala Tan Chong Group memiliki Mayflower. Sime Darby Motors mempunyai manfaat langsung dalam mempromosikan Hyundai Kona Electric dan model i Series BMW, manakala Tan Chong Group ada Nissan Leaf.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 11

Di Korea pula, fokus untuk pelaksanaan EV bukannya tertumpu di Seoul, dimana majoriti penduduknya tinggal samada di bangunan tinggi ataupun rumah atas-tanah tanpa garaj atau tempat letak kereta peribadi. Pemasangan infrastruktur bagi membolehkan pengecasan semalaman menemui jalan buntu dan belum ada jalan penyelesaiannya lagi.

Baca juga: Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia

Sebaliknya, Pulau Jeju telah dipilih sebagai lokasi untuk menerajui pembangunan EV di Korea. Kilang kitar semula bateri EV yang pertama di Korea bukannya terletak di tanah besar, namun di Jeju Technopark.

Pulau Jeju kini mempunyai port pengecas EV di setiap 3.5 km namun masih banyak aduan diterima daripada pengguna yang menyewa EV di sana. Perkara ini sudah dijangka dan inilah tujuan sebenar kepentingan pelaksanaan ujikaji/percubaan di dalam suasana terkawal di pulau.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 12

Tetamu di The Shilla, Jeju diberi 6 jam percuma setiap hari untuk memandu Hyundai Kona Electric

Walaupun secara teorinya pengecas sudah mencukupi, banyak pengguna EV berkata mereka membuang terlalu banyak masa mencari tempat mengecas kerana banyak EV lain bersesak ke port pengecas sama. Walau pengecas DC pantas mengambil masa terlalu lama dan tak masuk akal bagi pelancong untuk menunggu 30 minit ke 1 jam di tempat yang sama semata-mata untuk menunggu kereta dicas.

Pihak berkuasa tempatan cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan mengenakan penalti bagi penggunaan berlebihan port pengecas ini. Namun, pelancong memberi tindakbalas mudah iaitu bertukar kepada kereta sewa berenjin pembakaran biasa.

Kadar pengecasan dan saluran pembayaran yang rumit juga menjadi isu.

Aduan lain diutarakan oleh pengendali kereta sewa ialah kos pembaikan yang tinggi. Walaupun EV sangat mudah penjagaannya, kos pembaikan untuk kemalangan serius jauh lebih tinggi daripada penjimatannya.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 13

Namun, cabaran-cabaran inilah yang perlu ditangani. Jika kita cuba untuk menangani cabaran sebegini di Lembah Klang, ia pastinya proses yang amat sukar. Lebih memburukkan keadaan, insentif dan infrastruktur yang dibelanjakan untuk EV tanpa perancangan yang padu akhirnya akan menguntungkan syarikat-syarikat yang diberi kontrak berkaitan EV lebih lagi daripada ia menguntungkan rakyat.

Inilah sebabnya mengapa kerajaan di Korea dan Greece berusaha keras untuk menjadikan pulau-pulau mereka sebagai pulau khusus untuk EV. Memperhalusi pelaksanaannya di dalam pulau berskala kecil dan terkawal seperti Langkawi akan membolehkan pihak berkuasa tempatan mencari jalan penyelesaian sesuai untuk keperluan warga Malaysia.

Buat masa ini, tiada siapa pun di Malaysia yang telah menyelesaikan masalah pembayaran servis pengecasan EV. Hampir setiap penyedian servis pengecasan kini memberikan khidmat percuma (chargEV hanya memerlukan fi keahlian tahunan) bagi membina permintaan. Namun, di penghujung hari nanti, seseorang perlu mencari jalan untuk mengenakan bayaran bagi servis ini bagi menjana keuntungan. Jika tidak, hayat servis ini tidak akan berkekalan.

Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja 14

Salah satu daripada stesen-stesen pengecasan EV di Jeju

Sekali lagi, EV bukanlah sesuai untuk semua orang dan rakyat marhaen, dan hakikat ini akan kekal benar sehingga penghujung dekad ini. Apa-apa yang terjadi selepas itu, kita mungkin hanya akan melihat permintaan mencapai titik pergolakan kearah perubahan.

Dengan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman memandu kereta elektrik dan menyemai tabiat mengecas kereta, walaupun ia hanyalah sekali seminggu, mereka akan jadi lebih yakin dan berpengetahuan dalam membuat keputusan samada EV sesuai atau tidak bagi mereka. Ia juga mungkin akan meyakinkan golongan ‘atas pagar’ supaya memiliki EV dalam salah satu koleksi kereta mereka di rumah.

Baca juga: UMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda