window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu

Faisal · Apr 16, 2024 02:54 PM

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 01

Bagi anda yang belum tahu, laman ‘Kereta untuk Dijual’ WapCar yang baru sahaja dikeluarkan membolehkan anda mencari tawaran menarik untuk kereta baru, terpakai serta recond di seluruh negara.

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 02

Kali ini, kami ingin mencadangkan 5 kereta keluarga yang tidak membosankan di mana ia seronok untuk dipandu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar kini 'live', dan ini adalah 5 kereta balik kampung terbaik untuk 2024!

Mazda 3 BM/BN

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 01

Anda boleh mendapat Mazda 3 dalam bentuk sedan atau hatchback tetapi apa yang pasti, kedua-dua model memberikan pengalaman memandu yang dramatik. Semua varian menggunakan enjin 2.0L NA SkyActiv-G (162 PS, 210 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 02

Untuk pengetahuan anda, kabinnya tidaklah begitu luas tetapi rasa premium. Model pra-facelift spesifikasi penuh tahun 2015 sebagai contoh boleh dimiliki pada harga sekitar RM 60k, manakala unit facelift lebih kurang dalam julat RM 80k sahaja.

Subaru Forester (SJ)

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 03

Subaru Forester mempunyai sistem pacuan semua roda terbaik di pasaran. Dengan menggunakan enjin Boxer yang ikonik, ia boleh dikatakan lebih Porsche berbanding mana-mana SUV Porsche.

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 04

Enjin 2.0L NA berkuasa 148 PS/196 Nm itu tidaklah rancak tetapi cukup bertenaga. Model terpakai kini boleh didapati serendah RM 40k sahaja.

BMW 3 Series F30

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 05

Inilah antara BMW 3 Series moden terbaik setakat ini. Reka bentuknya tidak lapuk dek zaman dan sportsedan ini mempunyai keseimbangan pengendalian dan keselesaan yang cukup bagus. Menariknya, 3 Series G20 sekarang tiada lagi keunggulan ini.

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 06

Varian mana patut anda pilih bergantung pada bajet. Memandangkan kita hadkan bawah RM 100k, varian 318i cukup ideal kerana terdapat banyak unit dalam pasaran terpakai dan enjinnya lebih ringan, sekaligus menyumbang kepada sensasi pemanduan. Untuk anda yang kerap berjalan, 320d lebih sesuai kerana ia lebih menjimatkan diesel dan tahan lasak. Sekiranya anda mahu varian paling berbaloi dengan kelengkapan paling banyak, 330e tiada tandingan.

Proton Iriz

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 07

Walaupun tidak popular seperti Perodua MyviProton Iriz sebenarnya jauh lebih hebat untuk dipandu. Pada masa yang sama, ia juga lebih selesa. Harganya lebih kurang RM 20k untuk model 2015 dan hanya sehingga RM 38k sahaja untuk model facelift 2019.

Volkswagen Golf Mk7

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 08

Masih kekal sebagai generasi Volkswagen Golf terbaik, model Mark 7 (Mk7) ini cemerlang dalam segala aspek yang boleh anda fikirkan. Malah, generasi Mk8 sekarang pun tidak lagi mampu memberi integriti yang sama.

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 09

Versi yang anda mahu pula mungkin GTI di mana model pra-facelift sekarang berharga lebih kurang RM 80k sahaja. Model facelift (Mk7.5) pula masih atas RM 100k. Secara alternatif, anda boleh juga pilih Golf 1.4 TSI di mana harga kini berada dalam lingkungan RM 50k.

Juga baca: Laman mikro "Kereta untuk Dijual" WapCar kini sudah 'live': cuba lihat 5 kereta yang anda tidak boleh beli secara rasmi di Malaysia!

Konklusi

Kereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu 10

Jadi, inilah 5 kereta keluarga yang syok untuk anda miliki, semuanya ada di laman Kereta untuk Dijual WapCar. Tinjau laman ini untuk mendapat tawaran hebat buat anda yang sedang mencari kereta baru, terpakai atau recon yang menarik dan bagus.

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar: 5 MPV luas yang bagus selain Toyota Alphard

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda