window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar: 5 MPV luas yang bagus selain Toyota Alphard

Faisal · Apr 15, 2024 05:00 PM

Laman

Bagi anda yang belum tahu, laman ‘Kereta untuk Dijual’ WapCar yang baru sahaja dikeluarkan membolehkan anda mencari tawaran menarik untuk kereta baru, terpakai serta recond di seluruh negara.

Laman

Untuk kali ini, kami akan bercerita mengenai 5 MPV unggul yang bukan Nissan Serena ataupun Toyota Alphard. Maklumlah, kalau model sama memanjang, boleh bosan jadinya kan? Model yang kami senaraikan di bawah adalah mengikut susunan menaik untuk harga pasaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Laman mikro "Kereta untuk Dijual" WapCar kini sudah 'live': cuba lihat 5 kereta yang anda tidak boleh beli secara rasmi di Malaysia!

Mazda Biante

Laman

Mazda Biante antara MPV saiz pertengahan paling 'underrated' di mana kabinnya cukup praktikal untuk memuatkan 6 penumpang. Malah, untuk memandu dan meletak di tempat parkir juga mudah.

Antara aspek menarik yang ada pada Biante ialah pintu gelangsar berkuasa, tempat duduk baris ke-2 yang turut boleh dilaras ke tepi, mutu pengendalian Mazda dan tahap keselesaan yang bagus, semua pada harga serendah RM 48k.

Laman

Dari segi teknikal, Biante dikuasai oleh enjin 2.0L NA SkyActiv-G (149 PS, 190 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Walaupun hanya sekejap dalam pasaran kita, terdapat banyak unit di pasaran terpakai, sesuai sangat untuk mereka yang tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah MPV yang bagus.

Peugeot Traveller

Laman

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Peugeot Traveller pernah dijual di Malaysia secara rasmi. Namun begitu, MPV 8-tempat duduk yang popular di Eropah ini gagal menerima ramai pembeli walaupun dengan saiz luas dan kelengkapan menarik pada harga mula sekitar RM 199k sahaja.

Laman

Dengan ciri tempat duduk kulit, DRL LED, lampu dan pembersih cermin automatik, bumbung suria panoramik, corong AC untuk ketiga-tiga baris, kamera undur dengan fungsi pandangan atas, Traveller menawarkan kelengkapan yang luar biasa banyak. Enjin 2.0L turbodiesel (150 PS, 370 Nm) yang digunakan juga cukup bertenaga. Harga kini boleh didapati pada RM 60k sahaja.

Honda StepWgn

Laman

Honda StepWgn adalah sebuah MPV yang bersaing dengan Toyota Voxy dan Nissan Serena. Ia ditawarkan dengan konfigurasi 7 dan 8 tempat duduk. Antara keunikan MPV ini adalah pintu but "Wakuwaku Gate", atau pintu boleh buka seperti almari untuk model sebelum 2022. Kejuruteraan ini menambah aspek kemudahan dan praktikaliti, tipikal Honda.

Laman

Bagi anda yang belum tahu, Honda StepWgn hanya ditawarkan sebagai unit recon, diimport sepenuhnya dari Jepun pada harga sekitar RM 150k. Harga akan bergantung pada tahun dan spesifikasi kereta tetapi menariknya, alternatif kepada Nissan Serena ini datang dengan enjin 1.5L turbo (150, 203 Nm).

Toyota Voxy

Laman

Kalau anda mahu alternatif kepada Honda StepWgn pula, boleh tinjau Toyota Voxy, khususnya model generasi ke-4 yang mula dibawa masuk pada 2023. Dengan reka bentuk lebih sporty berbanding kembarnya, Toyota Noah, Voxy dikuasai oleh enjin 2.0L NA Dynamic Force (170 PS, 202 Nm) yang dipadankan dengan transmisi Direct Shift CVT.

Laman

Masuk ke bahagian dalam, konfigurasi kabin yang selesa pada Voxy turut menawarkan pilihan tempat duduk baris ke-2 jenis kapten.

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar kini 'live', dan ini adalah 5 kereta balik kampung terbaik untuk 2024!

Mercedes-Benz V-Class

Laman

Walaupun pernah ada dalam pasaran, anda kini tidak lagi boleh membeli Mercedes-Benz V-Class (W447) secara rasmi. Apa-apapun, model recon tetap ada sekiranya bajet anda mencukupi untuk sebuah MPV mewah yang bukan Alphard/Vellfire.

Laman

Kalau anda nak tahu, V-Class paling laku yang dijual di pasaran kita adalah generasi V220. Ia mengunakan enjin 2.1L turbodiesel yang menghasilkan 163 PS/380 Nm. Banyak juga V-Class recon yang mempunyai interior ala jet peribadi berbanding sebuah MPV. Harga pula bergantung. Varian pengenalan boleh dimiliki pada harga serendah RM 220k. Model yang dibawa masuk dengan spesifikasi peribadi pula ada yang mencecah RM 600k.

Konklusi

Jadi, inilah 5 MPV bagus yang anda boleh dapat selain model-model yang sering disebutkan oleh kawan, saudara-mara atau jiran anda. Semuanya ada dalam laman Kereta untuk Dijual WapCar.

Laman

Tinjau laman ini untuk mendapat tawaran hebat buat anda yang sedang mencari kereta baru, terpakai atau recon yang menarik dan bagus.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda