window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja?

Mersita · May 13, 2023 08:00 PM

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 01

Waranti untuk kereta terpakai boleh menjadi berguna, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai pembaziran bergantung kepada keadaan dan faktor-faktor tertentu. Membuat pertimbangan teliti dari segi skop perlindungan waranti, kos, kebolehpercayaan dan lain-lain cukup penting supaya anda membuat pilihan yang bijak.

Antara pertimbangan yang anda boleh lakukan bagi membantu anda menilai sama ada waranti untuk kereta terpakai adalah berguna atau membazir termasuklah:

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Usia dan keadaan kereta

Jika kereta terpakai anda masih dalam keadaan baik dan tak banyak masalah, waranti boleh membantu dengan memberi perlindungan terhadap kerosakan yang tidak dijangka selepas pembelian.

Bagaimanapun, jika kereta terpakai anda sudah terlalu berusia atau mempunyai sejarah masalah yang besar, waranti mungkin tidak mampu memberikan manfaat yang signifikan. Sebaiknya, carilah kereta terpakai yang tidak terlalu berusia dan dijamin berada dalam keadaan baik supaya anda tidak perlu ragu-ragu sebelum dan selepas memiliki kereta tersebut.

Jenis dan kos waranti

Terdapat pelbagai jenis waranti untuk kereta terpakai; termasuk waranti enjin, badan, cermin, dan sebagainya. Jenis waranti ini mungkin mempunyai perbezaan dalam lingkungan perlindungan, tempoh, dan kos. Oleh itu, penting untuk memahami syarat waranti sebelum membuat keputusan.

Kos waranti untuk kereta terpakai juga harus diambil kira. Waranti biasanya memerlukan pembayaran pendahuluan atau bayaran bulanan, dan kadang-kadang juga memerlukan bayaran sendiri (deductible) setiap kali tuntutan dibuat. Jika kos waranti melebihi nilai potensi tuntutan, ia boleh menjadi satu pembaziran untuk pemilik.

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 01

Kebolehpercayaan penjual waranti

Melihat reputasi dan kebolehpercayaan penjual waranti ialah satu aspek penting dan sering tidak diberi perhatian sepatutnya. Pastikan mereka mempunyai rekod yang baik dalam menangani tuntutan waranti dan membayar kerosakan dengan tepat dan dalam tempoh yang munasabah.

Bercakap tentang kebolehpercayaan, pembelian kereta pramilik yang melalui CARSOME memudahkan semua proses ini dan lebih penting, ia memberi jaminan hebat yang bermula dari awal proses pembelian lagi.

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 02

Kesemua kereta CARSOME Certified telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional di CARSOME Certified Lab, fasiliti khas di mana sehingga 2,000 kereta dari 30 jenama dibaik pulih setiap bulan.

Di sinilah anda boleh dapat kereta pramilik berkualiti dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dengan estetik yang telah dibaik pulih.

Program Waranti Lanjutan CARSOME

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 03

Program Waranti Lanjutan CARSOME (Extended Warranty Program - EWP) ialah waranti lanjutan yang ditawarkan di Malaysia bagi kereta CARSOME Certified. Samada anda ada bajet atau tidak, program waranti ini cukup fleksibel untuk keperluan anda dan yang penting; semua pembeli kereta CARSOME Certified dilindungi.

Program ini disediakan oleh Allianz dan terdiri daripada dua pelan - Pelan Emas (Gold) yang diberikan secara automatik untuk semua kereta CARSOME Certified, dan Pelan Platinum yang boleh dibeli sebagai pelan naik taraf pilihan.

Kedua-dua pelan ini memberikan perlindungan selama satu tahun atau 20,000 kilometer (mana yang dicapai dahulu) dan mempunyai perlindungan maksimum RM 50,000 untuk setiap polisi. Had maksimum untuk setiap tuntutan adalah RM 10,000.

Pelan Emas Program Waranti Lanjutan diberikan kepada semua kereta CARSOME Certified dan membolehkan anda dilindungi daripada kegagalan mekanikal atau elektrik seperti enjin, transmisi auto/manual, dan sistem penyaman udara.

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 04

Pelan Platinum Program Waranti Lanjutan pula merupakan naik taraf pilihan yang anda boleh beli. Bergantung kepada kapasiti enjin dan usia kereta, pelan ini berharga antara RM 600 hingga RM 1,500. Perlindungan yang ditawarkan dalam pelan Platinum termasuklah kesemua yang dilindungi dalam Pelan Emas, sistem bahan api, stereng, sistem penyejukan, dan bantuan atas jalan.

Perincian lanjut bagi setiap komponen/aspek yang dilindungi di bawah Pelan Emas dan Pelan Platinum boleh dirujuk di pautan ini.

Cara tuntut waranti CARSOME

Mudah saja. Anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

1. Hubungi Allianz Roadside Assistance (RSA)

Sama ada kereta anda rosak di atas jalan atau tak boleh dihidupkan di rumah, anda boleh hubungi Allianz RSA di talian 03-2161 0795 atau 1-800-22-5542. Khidmat bantuan Allianz akan mendapatkan butiran anda dan membantu memberikan lokasi bengkel panel Allianz yang terdekat. Jika anda mempunyai pelan Platinum dan tidak boleh menghidupkan kereta anda, anda boleh meminta lori tunda dan kereta anda akan ditunda ke bengkel.

2. Bawa Kereta Anda ke Bengkel Panel

Di bengkel panel Allianz, nyatakan kepada pihak bengkel bahawa anda ingin menuntut “Waranti CARSOME” dan mereka akan membantu anda dengan proses membaiki kereta anda. Bergantung kepada jenis tuntutan dan sama ada kereta anda terlibat dalam kemalangan, anda perlu menyediakan dokumen berikut. Sila ambil perhatian bahawa proses tuntutan akan mengambil masa beberapa hari.

  • Salinan laporan polis.
  • Geran kereta anda atau sijil pemilikan kenderaan.
  • Polisi insurans atau nota lindung (cover note).
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemilik.
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu mereka yang terlibat dalam kemalangan.

Itu saja. Selepas semuanya selesai, anda hanya perlu bertenang dan tunggu kereta anda dibaiki. Kesemua kos termasuklah pemeriksaan dan pembaikan akan dibayar oleh Allianz jadi anda tak perlu risau tentangnya. Sebaik saja kereta anda siap dibaiki, pihak bengkel akan menghubungi anda untuk mengambil kereta.

Lanjutan waranti untuk kereta pramilik: Perlu ke, atau membazir saja? 05

Sebagai pemilik yang bergantung kepada kereta untuk kehidupan seharian, ketenangan minda itu tidak ternilai. Letaklah tanda harga apa sekalipun, kita semua mahu urusan harian berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selain lanjutan waranti, kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun. Layari CARSOME hari ini atau muat turun aplikasi kami dan mulakan pengalaman pemilikan kereta pramilik terbaik hari ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda