window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry!

Zamil Syaheer · Apr 15, 2024 03:00 PM

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 01

Mazda 6 mungkin salah satu sedan segmen D yang paling elegan dan cantik yang pernah keluar dari Jepun. Selain itu, Mazda 6 juga menggabungkan dinamik pemanduan dan kualiti pembinaan yang cemerlang serta kebolehpercayaan jepun yang tersohor, walaupun dengan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding pesaing dari Honda dan Toyota.

Dalam panduan ini, mari kita melihat selok belok Mazda 6 GJ serta menyelami beberapa unit terpakai dari laman “Kereta untuk Dijual” yang baru di WapCar.

Pengenalan ringkas Mazda 6

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda 6 GJ diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2013, mengikuti pelancaran globalnya pada tahun 2012. Pada mulanya ia ditawarkan dalam tiga varian, diimport secara langsung dari Jepun termasuk sedan 2.0L (153 PS/200 Nm) dan model sedan (dan Touring) 2.5L (185 PS/250 Nm) dengan harga daripada RM 160k hingga RM 190k.

Peningkatan penting pada tahun 2015 membawa kepada pembaruan papan pemuka, konsol tengah baru dengan brek parkir elektrik, pencahayaan luaran dan roda yang dikemas kini untuk versi 2.5L.

Baca juga: Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana?

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 01

Tahun-tahun berikutnya melihat peningkatan lebih lanjut seperti kawalan G-Vectoring (GVC) pada tahun 2017 dan peningkatan yang lebih substantif pada tahun 2018 termasuk peningkatan kuasa enjin dan perubahan estetika. Reka bentuk papan muka juga diolah semula untuk tahun model 2018.

Model-model terkini dari tahun 2019 dan 2021 memperkenalkan ciri-ciri seperti Apple CarPlay dan butiran luaran yang disempurnakan, mengekalkan kelebihan pesaingan kereta dalam teknologi dan reka bentuk.

Baca juga: Mazda 6 2021 diperbaharui di Malaysia – standard dengan 'wireless' Apple CarPlay!

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 02

Mazda 6 20th Anniversary 2023 mengemas kini lagi penggayaan dan kelengkapan model lama ini

Pada tahun 2023, Bermaz memperkenalkan 20th Anniversary Edition yang memperbaharui lagi gaya, tahap kelengkapan, dan ciri-ciri ADAS i-Active Sense yang dikemas kini seperti AEB hadapan dan belakang serta ACC dengan Stop&Go Cruising.

Baca juga: Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k

Berapa harga pasaran Mazda 6?

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 03

Papan pemuka model keluaran tahun 2018 keatas

Dengan tempoh penjualan yang panjang, harga Mazda 6 terpakai bergantung kepada tahun, model, spesifikasi, dan gaya badan. Harga semasa bermula daripada RM 45k untuk unit 2013 hingga hampir RM 160k untuk unit yang berumur kurang dari 3 tahun.

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 04

Model-model tahun selepas 2015 hingga 2018 dengan gaya yang diperbaharui berada dalam lingkungan harga RM 60k hingga RM 90k bergantung pada varian. Model 2.5L biasanya mengekalkan julat harga yang sama dengan model 2.0L kerana permintaan terhadap model ini lebih kurang sama, membolehkan pembeli memilih berdasarkan keutamaan kuasa enjin daripada harga semata-mata.

Juga perlu diingatkan bahawa varian Mazda 6 Touring (wagon) 10-20 peratus lebih tinggi berbanding kerana ianya lebih sukar untuk dicari.

Mengapa anda patut memilih Mazda 6?

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 05

Memilih Mazda 6 bermakna anda menghargai reka bentuk yang tak ditelan zaman dan dinamik pemanduan yang sepadan dengan penampilannya.

Selepas 10 tahun, sistem pemandu SkyActiv-G dan transmisi 6-kelajuan yang lancar masih memberikan pengalaman pemanduan yang halus dan cekap. Selain itu, sistem brek regeneratif i-Eloop dan kawalan G-Vectoring (selepas 2017) membezakannya daripada pesaing. Ciri keselamatan adalah kukuh dan kualiti pembinaan terbukti mantap setelah sekian lama.

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 06

Selain itu, jarang anda membeli kereta terpakai 10 tahun pada hari ini yang menyerupai model baru yang dipamerkan di bilik pameran.

Baca juga: Selamat tinggal, Mazda 6 - varian sedan & wagon bakal dihentikan di Jepun, berakhir pada bulan April 2024

Apa yang perlu diperhatikan?

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 07

Pertama sekali, ambil masa anda untuk mencari Mazda 6 yang dalam keadaan baik dengan sejarah servis yang komprehensif. Bermaz pernah menawarkan servis percuma 5 tahun, bermakna satu unit yang baik harus mencerminkan ini serta penyelenggaraan selepas itu.

Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis oleh mekanik yang kompeten untuk memastikan bahagian bawah, brek, dan suspensi berada dalam keadaan baik.

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 08

Kapasitor i-Eloop Mazda mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 10 peratus dengan memulihkan tenaga semasa brek

Mazda 6 mempunyai beberapa masalah yang boleh membuatkan dompet anda rabak sekiranya ia tidak dikesan awal-awal. Pertama sekali adalah kegagalan Kapasitor i-Eloop, terutamanya pada model 2.5L. Komponen ini boleh gagal selepas beberapa tahun. Antara simptom yang boleh dilihat termasuk bateri lemah, tanda amaran "i-Eloop" atau lampu enjin menyala.

Masalah lain termasuk tali kipas yang bising atau kipas penyejuk yang lemah, menyebabkan penghawa dingin kurang sejuk.

Seperti mana-mana kereta terpakai, antara masalah biasa yang anda perlu periksa termasuk pemegang enjin yang haus, ‘driveshaft’ dan lengan sistem suspensi.

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 09

Masih lagi hensem setelah 11 tahun. Anda boleh membeli Mazda 6 2013 ini disini!

Mazda 6 lebih mahal untuk diselenggara berbanding Honda Accord atau Toyota Camry pada usia yang sama, tetapi ia bukan kerana ia adalah kereta yang bermasalah. Ini disebabkan oleh harga komponen yang lebih tinggi. Namun, kos penyelenggaraan yang lebih tinggi memberikan dividen dari segi prestasi pemanduan dan keseluruhan kemasan kereta.

Kesimpulan

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 10

Belilah Mazda 6 ini!

Mazda 6 tetap menjadi pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari gaya, prestasi, dan sentuhan eksklusif dalam pasaran kereta terpakai segmen D.

 

Walaupun kos penyelenggaraan mungkin lebih mahal berbanding beberapa pesaing, penyelenggaraan yang teliti dan berkala boleh membantu menguruskan kos ini dengan berkesan. Bagi peminat pemanduan, Mazda 6 menawarkan pengalaman pemilikan yang memuaskan yang tahan lasak

Mazda 6 (GJ) terpakai daripada RM 50k; sesuai jika anda inginkan kelainan berbanding Honda Accord & Toyota Camry! 11

Layari model Mazda 6 dan banyak lagi kenderaan baru, terpakai, dan recon yang menarik di laman “Kereta untuk Dijual” yang baru diperkenalkan oleh WapCar.

Baca juga: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar kini 'live', dan ini adalah 5 kereta balik kampung terbaik untuk 2024!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mazda 6 Sedan 2.0 SkyActiv-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda