window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana?

Faisal · Apr 15, 2024 12:59 PM

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 01

Bagi anda yang belum tahu, laman ‘Kereta untuk Dijual’ WapCar yang baru sahaja dikeluarkan membolehkan anda mencari tawaran menarik untuk kereta baru, terpakai serta recond di seluruh negara. Antara tawaran paling hebat, khususnya untuk mereka yang mencari kereta keluarga yang berkualiti ialah Proton X70.

Mula diperkenalkan pada 2018, Proton X70 dengan pantasnya menjadi standard untuk apa yang pengguna mahu pada sebuah SUV buatan tempatan. Dari segi teknikal, terdapat dua kemaskini, pertama pada 2020 melalui perubahan kepada transmisi DCT 7-kelajuan. Satu lagi pula pada 2022 melalui pengenalan enjin 1.5L TGDI sama yang berkhidmat pada Proton X50 varian bawah.

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun pernah ada isu kotak gear, Proton X70 terpakai tetap kekal sebagai pilihan menarik, lebih-lebih lagi dengan kebanyakan unit belum lagi menjangkau usia 5 tahun. Harga pula sekitar kurang separuh daripada yang baru.

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar kini 'live', dan ini adalah 5 kereta balik kampung terbaik untuk 2024!

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 01

Sebagai konteks, ini adalah harga Proton X70 (CBU China) sewaktu dilancarkan pada 2018:

  • Standard 2WD: RM 99,800
  • Executive 2WD: RM 109,800
  • Executive AWD: RM 115,800
  • Premium 2WD: RM 123,800

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 02

Proton menggugurkan varian Executive AWD buat barisan penawaran X70 2020

Harga model 2020 menyaksikan sedikit penurunan, manakala varian baru Premium 2WD menggantikan varian Executive AWD yang tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Harga pada waktu itu pula ditawarkan seperti berikut:

  • Standard: RM 94,800
  • Executive: RM 106,800
  • Premium: RM 119,800
  • Premium X: RM 122,800

Menariknya, dalam laman WapCar’s Car for Sale, harga Proton X70 model awal boleh didapati serendah RM 58k, sehinggalah RM 90k untuk unit yang berusia kurang dari 3 tahun. Waranti daripada pengeluar pula mungkin masih ada.

Kenapa pilih Proton X70?

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 03

Antara kekuatan Proton X70 adalah nilai yang berbaloi pada harganya. Ciri yang didatangkan pula setanding SUV lebih mahal, terutama dari segi sistem bantuan keselamatan ADAS.

Secara amnya, X70 menawarkan pakej yang praktikal, pengalaman kabin yang premium dan pemanduan yang selesa tetapi pada harga lebih murah daripada pesaing-pesaing Jepun.

Jadi, apa yang anda perlu teliti?

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 04

Pastikan Proton X70 yang anda sudah berkenan diperiksa oleh mekanik yang bertauliah.

Kalau boleh, dapatkan juga pemeriksaan melalui On-Board Diagnostics (OBD) dan pastikan bahagian bawah kereta, brek dan suspensi diteliti betul-betul.

Proton X70 CKD gear lever

Kalau anda nak tahu, X70 terkenal dengan beberapa isu yang mudah untuk anda kenalpasti. Antaranya seperti di bawah:

  • Kipas penyejuk utama: Tanda-tandanya adalah bunyi bising dan AC tidak berapa sejuk
  • Mounting enjin: Gegaran berlebihan pada rpm bersahaja (idle), terutama varian 1.8 TGDI
  • Transmisi: Kalau ada senggukan pada gear 4 atau 5, maknanya ada masalah

Konklusi

Proton X70 terpakai merupakan antara pembelian paling berbaloi yang boleh anda dapat walaupun pernah mengecewakan dari segi bekalan alat ganti dan isu kotak gear.

Juga baca: Laman mikro "Kereta untuk Dijual" WapCar kini sudah 'live': cuba lihat 5 kereta yang anda tidak boleh beli secara rasmi di Malaysia!

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 06

Yang bagusnya, segala isu tersebut mungkin sudah diselesaikan oleh pemilik terdahulu. Senang kata, anda akan mendapat pengalaman pemilikan yang menenangkan.

Jadi, cari Proton X70 terpakai atau pelbagai kereta baru, terpakai atau recond di bahagian Kereta untuk Dijual WapCar.

Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana? 07

Beli kereta ini
@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda