window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 model lama yang kekal "HOT" dalam pasaran terpakai sekarang - Civic, X70 dan.. Ranger Raptor!

Haris · May 1, 2023 08:00 PM

5 model lama yang kekal

Jika anda tak tahu mana satu model terpakai yang anda inginkan, mungkin kita boleh merujuk kepada pasaran kereta terpakai itu sendiri. Beberapa model kenderaan sebenarnya terus menerus menjadi pilihan pembeli walaupun ada yang sudah dikemaskini atau diganti generasi.

Bolehkah anda meneka model apa?

Ford Ranger Raptor - RM 159k 

5 model lama yang kekal

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan sekadar Wildtrak biasa, ini adalah peluang anda untuk memiliki varian teratas yang hampir baru, Ford Ranger Raptor. Enjin 2.0 liter turbodiesel dengan 213 PS dan tork 500 Nm melalui transmisi automatik Getrag 10-kelajuan menjadi daya penggerak utama trak pikap popular ini.

Tahukah anda, Raptor juga mempunyai casis khusus dengan ladder frame dipertingkat, dipasangkan dengan peredam Fox Racing untuk keupayaan luar jalan maksimum.

Pautan: Ford Ranger Raptor terpakai

Baca: Ford Ranger T6 terpakai: Pikap selesa macam sedan dari RM 60k? Berapa kos jagaan & pembaikannya?

Honda Civic (FC) - RM 87k 

5 model lama yang kekal

Untuk sekian lamanya, inilah raja sedan segmen C di Malaysia dan masih kekal sebagai kereta idaman ramai, Honda Civic (FC) adalah salah satu pilihan jelas bagi pemandu yang ingin menaik taraf daripada kereta kecil biasa kepada magnet makwe.

Dalam varian S ini, kuasa datang dari enjin 1.8 liter yang disedut secara semula jadi dengan 141 PS dan 174 Nm.

Pautan CARSOME: Honda Civic 1.8S Terpakai

Baca: "Awak ada Civil kan?" - Gadis goda pemilik Honda Civic dengan gambar seksi, inikah bukti tarikan lambang H?

Proton X70 - RM 83k 

5 model lama yang kekal

SUV nasional Proton X70 adalah salah satu kenderaan paling selesa yang boleh didapati sekarang. Dalam varian Premium ini, kuasa datang daripada enjin 4-silinder 1.8 liter (184 PS, 285 Nm), yang dihantar melalui transmisi automatik 6-kelajuan.

Varian Premium adalah varian yang paling disyorkan, hadir dengan rim 19-inci, sistem bunyi Kenwood 9 pembesar suara, dan ciri ADAS.

Pautan CARSOME: Proton X70 1.8 Premium Terpakai

Baca: Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki?

Mazda CX-5 (KE) - RM 61.8k

5 model lama yang kekal

Perintis crossover sporty Jepun, CX-5 generasi KE adalah yang pertama menggunakan bahasa reka bentuk Kodo Mazda dan oleh itu, kekal dengan rekaan yang malar segar. Varian 2.5G merupakan spesifikasi tertinggi untuk generasi tersebut datang dengan sistem mula / henti i-stop, dan sistem bunyi Bose 9 pembesar suara selain daripada ciri kelengkapan lain.

Kuasa datang dari enjin 2.5 liter petrol, menghamburkan 184 PS dan 250 Nm tork, dipasangkan kepada transmisi automatik 6 kelajuan.

Pautan CARSOME: Mazda CX-5 2.5G Terpakai

Baca: Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini!

Honda HR-V - RM 72k 

5 model lama yang kekal

Juga satu lagi perintis SUV kompak yang paling dikenali di jalan raya Malaysia, Honda HR-V adalah raja bukit dan pilihan mudah bagi ramai ketika baru dilancarkan. Rekaannya juga amat menarik dan ramai yang masih meletakkannya dalam senarai utama SUV terpakai.

Untuk varian 1.8S seperti yang dilihat di sini, HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8 liter aspirasi semulajadi, menawarkan 142 PS / 172 Nm, dengan kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik jenis CVT.

Pautan CARSOME: Honda HR-V 1.8S Terpakai

Baca: Panduan: Honda HR-V terpakai serendah RM 60k, SUV keluarga yang masih mantap?

Konklusi

5 model lama yang kekal

Tidak kira apa pun pilihan anda, kesemua model yang ditawarkan hadir dengan CARSOME Certified, bermaksud ia telah diperbaharui dengan baik dan dilengkapi dengan jaminan pulangan wang 5 hari serta jaminan kenderaan selama 1 tahun.

Terdapat juga tawaran dan promosi lain maka tinjau laman CARSOME atau muat turun aplikasi mudah alih hari ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda