window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih murah, XPeng G6 varian permulaan dilancarkan di China - harga bersamaan RM 118k

Faisal ยท Apr 15, 2024 05:21 PM

Lebih murah, XPeng G6 varian permulaan dilancarkan di China - harga bersamaan RM 118k 01

XPeng baru sahaja mengumumkan varian baru untuk G6 di China, iaitu 580 Long-range Plus โ€“ in China. Varian itu ditawarkan dengan harga promosi CNY 179,900 (~RM 118k). 

Pengenalan ini sebenarnya mengikuti trend pengurangan harga yang berlaku sekarang ini. Harga asal XPeng G6 dijual antara CNY 209,900 (~RM 138k) hingga CNY 276,900 (~RM 182k).

Selain itu, semua varian G6 juga ditawarkan diskaun sebanyak CNY 20,000 sehingga 31 Mac 2024, sekaligus mengurangkan harga kepada CNY 189,900 (~RM 125k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih murah, XPeng G6 varian permulaan dilancarkan di China - harga bersamaan RM 118k 01

Secara amnya, G6 580 Long-range Plus datang dengan exterior hitam termasuk pada bahagian aksen, logo, gril, bingkai cermin, cermin sisi dan rim 20-inci yang digunakan.

Di bahagian belakang, lencananya juga mendapat kemasan hitam.

Lebih murah, XPeng G6 varian permulaan dilancarkan di China - harga bersamaan RM 118k 02

Dengan arkitektur 800V dan platform SEPA 2.0, XPeng G6 varian permulaan ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 280 kW. Ini secara tidak langsung membolehkan jentera ini mendapat jarak pandu 300 km hanya dalam masa 10 minit.

Ia menggunakan bateri (NCM) 87.5 kWh yang memberi jarak pandu 755 km (CLTC). Tenaga pula datang dari motor belakang yang menghasilkan 296 PS/440 Nm.

Lebih murah, XPeng G6 varian permulaan dilancarkan di China - harga bersamaan RM 118k 03

Masuk ke bahagian dalam, terdapat kluster 10.2-inci, infotainment 14.96-inci, pelaras berkuasa untuk tempat duduk hadapan dan bumbung suria panoramik. Antara ciri canggih yang digunakan pada jentera ini adalah ADAS yang menggunakan kamera LiDAR dan lensa binokular HD.

Juga bacaBermaz mengesahkan pelancaran jenama XPeng di Malaysia!

Dekat di Malaysia, XPeng membuat debut ASEAN di Bangkok Motor Show 2024. XPeng G6 dirancang menjadi model pertama yang akan diperkenalkan ke pasaran (RHD), termasuk Malaysia di mana ia akan diedarkan oleh Bermaz Auto.

Juga baca: Bakal tiba di Malaysia, inilah pandangan lebih dekat XPeng G6 BEV di Pameran Motor Bangkok 2024!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia