Mamak Talk
Owner Review: My Suzuki Swift - What it's like owning the car for 7 years
76
Dengan pelbagai sumber yang mengatakan bahawa Suzuki Jimny akan dipasang tempatan di Indonesia, Autonetmagz turut melaporkan bahawa tempoh menunggu untuk tempahan Suzuki Jimny boleh mencecah 60 bulan atau 5 tahun.
Dianggarkan bahawa tempahan untuk Suzuki Jimny setakat ini telah mencecah 3,000 unit. Malangnya, Suzuki Indonesia hanya mampu menyerahkan sebanyak 50 unit sahaja untuk setiap bulan. Hal ini disebabkan oleh undang-undang import yang ketat di Jepun. Ini bermaksud pembeli Suzuki Jimny di Indonesia perlu menunggu selama 60 bulan sebelum menerima off-road mini tersebut.
Secara teknikal, Suzuki Jimny dikuasai oleh enjin 1.5L 4-silinder aspirasi natural yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm tork. Kuasa dihantar ke sistem pacuan 4 roda sementara (part-time 4-wheel drive) melalui pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.
Kembali ke Malaysia, unit recond dijual sekitar RM 150k dan boleh didapati terus tanpa menunggu.
Untuk pengetahuan anda, tempoh menunggu selama 5 tahun adalah sama seperti membuat tempahan untuk kereta eksotik seperti supercar atau hypercar. Sekiranya anda rasa tempoh menunggu selama 6 bulan untuk Proton X50 terlalu lama, bayangkan jika anda perlu menunggu selama 5 tahun untuk menerima Suzuki Jimny anda.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9