Mamak Talk
[COTY - Family Car of 2020] Show your choice!
56
Boon Siew Honda, malam ini melancarkan jentera 'Sportbike' yang paling ditungu-tunggu sejak sekian lama, CBR250RR 2020 di pasaran Malaysia bersama pakej harga menarik RM25,999.
Harga berkenaan begitupun tidak termasuk insuran, cukai jalan dan yuran pendaftaran.
Ia didatangkan dengan dua warna menarik, Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.
Pelancaran itu dibuat di laman Facebook Honda Motorcycle Malaysia, malam ini oleh Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Yoshitaka Nakamura.
Turut berada dalam pelancaran berkenaan bagi menerangkan ciri-ciri menarik jentera yang turut digunakan dalam litar lumba itu ialah pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi.
Berada sebaris dalam siri RR, reka bentuk CBR250RR 2020 memang cukup agresif dan mengiurkan terutama menerusi rekaan lampu depan LED dua lapisan.
Dari sudut mekanikal, model ini didatangkan dengan enjin 250cc 2 Silinder, DOCH, Penyejuk Cecair yang menghasilkan 41Hp pada 13,000rpm dan tork 25Nm pada 11,000rpm.
Ciri-ciri standard lain yang turut didatangkan kepada model ini adalah bi-directional quickshifter, klac assist/slipper, Sistem ride-by-wire throttle dan tiga mod pemanduan (Comfort, Sport & Sport+).
Sistem itu kemudian dipadankan dengan transmisi 6 gear manual manakala dari sudut keselamatan, ia hadir dengan brek cakera dual-channel ABS dengan rim bersaiz 17 inci.
Menurut Zaqhwan, sistem dual ekzos CBR250RR 2020 ini dikatakan mampu memberikan pembeli 'perasaan' menunggang jentera CBR yang sebenar.
Bagi yang berminat, jentera itu sudah berada di pusat jualan Honda BigWing, Impian X dan Impian.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
22