Perodua
Do you guys think Axia is getting a major update next year bringing in 1.2cc 4 cylinder engine (like the Daihatsu Ayla in I do) to the local market?
34
Sebelum ini, sebuah SUV misteri telah dipandu uji menggunakan samaran yang sangat mengelirukan.
Walaubagaimanapun, gambar intipan kali ini oleh saudara Aril Hamka menguatkan lagi dakwaan bahawa GSC Trumpchi GS3 Power adalah model yang diintip tersebut.
Pada bahagian belakang, SUV misteri tersebut mengenakan rel bumbung dan lampu belakang yang mirip dengan GSC Trumpchi GS3 Power.
Selain itu, model SUV tersebut juga mengenakan antena jenis shark fin yang kelihatan sama dengan GSC Trumpchi GS3 Power.
GAC Trumpchi GS3 Power adalah sebuah SUV segmen B dari jenama GAC (Guangzhou Automobile Group). Kami juga masih belum dapat mengesahkan bahawa ini adalah model yang tepat, hanya mampu menunjukkan petanda yang menjurus ke arah model ini.
Di Malaysia, ia bakal menyaingi model seperti Proton X50 dan Honda HR-V.
Malah, rim yang digunakan pada SUV misteri tersebut adalah rim kepada model GSC Trumpchi GS3 generasi awal.
Menguatkan lagi tanda-tanda jenama GAC bakal menjengah ke Malaysia adalah perjanjian yang dimeterai oleh GAC dan Tan Chong Motors baru-baru ini.
Kehadiran GAC mengingatkan kembali SUV kompak terawal di Malaysia iaitu Haval H2. Mampukah GAC Trumpchi GS3 Power ini menambat hati rakyat Malaysia? Sama-sama kita nantikan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
16