Mamak Talk
Tyre maintenance tips My 2-year-old tires, run 3k km. How to know when to change? The tread still ok, the tyre texture feels not so hard, no cracks...still can use?
39
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, tayar import yang dibawa masuk ke Sarawak dikenakan cukai 5 peratus bermula 1 Januari 2020. Dalam konteks jualan, cukai ini bernilai RM 10 untuk satu tayar kereta bawah 5 tan dan ia melibatkan semua tayar yang dibawa masuk ke Sarawak. Namun, setelah mendapat banyak tentangan dari ramai pihak, ia ditangguhkan berikutan impak pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Namun, pada hujung tahun lepas, kerajaan negeri melalui Pengawal Selia Cukai Jualan Negeri (SST) telah bersetuju untuk menurunkan kadar cukai sebanyak 50 peratus ke atas tayar import berkuatkuasa 4 Januari 2021 sehingga diberitahu kelak. Penurunan tersebut turut diberikan untuk tayar yang dipasang pada kereta yang diimport ke Sarawak.
Cukai ini dikenakan oleh kerajaan negeri bagi tayar yang diimport ke Sarawak, selain daripada cukai jualan sedia ada yang dikenakan oleh kerajaan Persekutuan berjumlah 5 peratus dan tambahan cukai 5 peratus lagi bagi tayar yang diimport dari negara di luar Asean. Kerajaan negeri mempunyai autonomi untuk mengenakan cukai jualan tambahan 2.5 peratus ini.
Walaubagaimanapun, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam (1 Feb) berkata beliau menggesa kerajaan negeri untuk menghapuskan cukai jualan 2.5 peratus itu bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang sudahpun bergelut dengan kesan buruk dari pandemik COVID-19 sejak tahun lepas lagi.
Beliau berkata tayar amat penting bagi sektor pengangkutan, dan dengan cukai jualan yang dikenakan, ia pastinya akan memburukkan lagi inflasi dan membebankan rakyat. Kerajaan negeri tidak sepatutnya mengenakan kos tambahan terhadap peniaga dan konsumer, terutama sekali ketika menghadapi kepayahan ekonomi masa kini, katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu ketika pembentangan Bajet Sarawak 2021 yang anggaran pendapatan negeri Sarawak untuk tahun 2021 daripada hasil cukai adalah bernilai RM 4.742 bilion atau 47 peratus dari hasil pendapatan keseluruhan negeri itu. Cukai tayar menyumbang RM 10 juta daripada jumlah ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
5