Toyota
Wanting to change my car, is 2019 Camry a good try? leave your comments 😛
69
Satu kajian dari Universiti Brown telah mengemukakan teknik yang lebih baik untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 di dalam kereta. Sebelum ini, dikatakan bahawa menurunkan kesemua tingkap adalah langkah yang paling bernas. Untuk menghasilkan saluran udara yang bebas dari zarah virus, anda sebenarnya hanya perlu menurunkan dua sahaja.
Dengan bacaan kes positif yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, kaedah terbaru ini bermanfaat untuk pemandu serta pihak yang menggunakan kenderaan e-hailing di dalam urusan harian.
Untuk maklumat anda, ruang bertutup yang berhawa dingin berpotensi lebih tinggi untuk merangkap virus Covid-19. Tetapi memandangkan Malaysia negara yang panas, tak logik jugala menurunkan kesemua tingkap. Perbuatan jenayah juga boleh terjadi, contohnya kes ragut.
Petua baru dari Universiti Brown menyarankan pengguna untuk hanya menurunkan tingkap penumpang depan dan tingkap belakang belah pemandu.
Secara teknikal, tekanan udara di bahagian belakang lebih tinggi. Apabila kereta bergerak, udara akan melalui bahagian tingkap belakang yang terbuka terlebih dahulu sebelum melalui tingkap depan. Teknik ini menghasilkan aliran udara yang laju dimana ia akan menjadi penghalang di antara penumpang depan dan belakang.
Kajian ini diuji menggunakan Toyota Prius dengan 2 penumpang (1 pemandu dan 1 penumpang di belakang) melalui simulasi komputer. Keputusan mendapati bahawa kadar jangkitan berada pada tahap 8 – 10 % sekiranya kesemua tingkap ditutup. Sekiranya kesemua diturunkan, risiko jangkitan hanya dapat dikurangkan sebanyak 0.2 – 2 % sahaja.
Dengan itu, anda boleh berkongsi kaedah menurunkan dua tingkap sesama pengguna untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 di dalam kenderaan. Selamat beramal!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10