Orang awam dan penduduk di sekitar kawasan Tanjong Pagar pada pagi Sabtu lepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat hasil dari rempuhan di salah sebuah lot kedai kosong di 37 Tanjong Pagar Road, Singapura.
Menurut laporan oleh Malay Mail, kereta jenis BMW M4 Coupe tersebut yang dipercayai dipandu secara laju dan merbahaya merempuh lot kedai itu lalu terbakar, mengorbankan lima orang mangsa – Jonathan Long (29), Eugene Yap (29), Elvin Tan Yong Hao (28), Teo Qi Xiang (26), serta Gary Wong Hong Chieh (29).
Seorang wanita, Raybe Oh Siew Huey (26) iaitu tunang kepada Long yang memandu kereta tersebut, mengalami kecederaan teruk akibat api dari cubaannya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap dan sedang dirawat di ICU Hospital Umum Singapura.
Tanjong Pagar Road dan Cantonment Road dikatakan menjadi kawasan kegemaran untuk anak muda ‘menguji kehebatan’ kereta mereka dan ini bukanlah kemalangan kali pertama yang diakibatkan oleh pemanduan merbahaya. Dikatakan pelbagai aduan sudah dibuat dan pihak berkuasa berhasrat untuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}