Operasi ini telah diketuai oleh Tn Mohamad Hafiz bin Usman, Ketua Bahagian Penguatkuasa dan anggota Unit Operasi, Unit Penguatkuasaan Overloading serta Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ Negeri Selangor.
Trade plate adalah lesen perdagangan kenderaan motor yang diberikan kepada syarikat untuk kegunaan perniagaan. Syarikat yang dibenarkan menggunakan trade plate adalah syarikat pembuat kenderaan, pembaik pulih kenderaan dan peniaga/pengedar kenderaan sahaja.
Trade plate digunakan untuk kegunaan kenderaan yang tidak boleh memohon lesen kenderaan motor biasa tetapi digunakan atas jalan raya.
Risikan JPJ Selangor mendapati bahawa kebanyakan pemegang trade plate telah menyalah gunakan trade plate masing-masing. Antara kesalahan yang dilakukan adalah trade plate palsu, trade plate tamat tempoh, menggunakan trade plate syarikat lain, menggunakan trade plate selain tujuan yang ditetapkan dan tidak mempamerkan trade plate hadapan atau belakang.
Sebanyak 79 buah kenderaan telah diperiksa dan 41 buah kenderaan telah diambil tindakan. Operasi gempur tersebut diadakan di sekitar PUSPAKOM di mana kenderaan berat melakukan pemeriksaan berkala.
Hukuman bagi kesalahan ‘menggunakan trade plate palsu’, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak lebih dari RM 20,000 atau penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dibawah Seksyen 108(3) APJ 1987.
Selain itu, kenderaan yang didapati menggunakan trade plate palsu juga boleh disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.
Kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan trade plate yang betul perlu ditegaskan terhadap syarikat-syarikat yang memegang trade plate ini. Pihak penguatkuasa sangat dialu-alukan untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang tidak kiralah individu biasa mahupun syarikat.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Anda telah menilai artikel ini sebagai
Apa pendapat anda tentang artikel ini?
Penilaian anda akan bantu kami perbaiki kualiti topik
5