Akibat tersalah tindakan, sebuah Perodua Kancil dilaporkan melambung 100 meter di dalam satu kejadian di jalan menuju ke Kuala Krai, Kelantan.
Menurut orang ramai, mangsa yang berpasangan suami isteri sedang dalam perjalanan untuk menjual kuih di pasar pagi yang berdekatan.
Berdasarkan sumber orang ramai, kemalangan ini berpunca dari sebuah Proton Waja yang yang keluar dari cabang secara tiba-tiba. Perodua Kancil pula bertindak dengan mengelak sehingga ke lorong bertentangan. Apa yang lebih malang ialah mangsa dikatakan dirempuh oleh lori jenis Isuzu di lorong bertentangan. Kesannya, kereta Perodua Kancil tersebut dilaporkan berpusing sehingga 100 meter dari titik kejadian.
Pada masa yang sama, terdapat satu lagi sumber yang mengatakan bahawa mangsa secara tidak sengajanya merempuh Proton Waja tersebut sehingga melambung ke lorong bertentangan sebelum dirempuh lori.
Mangsa yang tersepit telah selamat dikeluarkan oleh pihak bomba. Apapun, tiada sebarang kematian yang dapat dilaporkan.
Persoalan sekarang ini, siapa yang salah? Kecuaian pemandu Proton Waja yang keluar dari cabang secara melulu atau kecuaian pemandu Perodua Kancil itu sendiri?
Sumber: IRDK
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}