Jentera 'Naked' aras mula popular Yamaha, MT-15 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia pada penghujung tahun lalu. Tarikh pelancarannya itu agak lewat berbanding beberapa negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Juga baca: Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988
Tiba pada tanda harga RM 11,998, pilihan warna yang diberikan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) ialah Yamaha Blue dan Ice Fluo.
Dan selepas Thailand menerima kemaskini membabitkan pilihan warna dan kosmetik itu, baru-baru ini, tiba giliran pengguna di Indonesia mendapat penawaran sama, beberapa hari lalu.
Pilihan warna dan corak grafik baharu yang diperoleh itu ialah Metallic Dark Grey dan Metallic Blue yang pastinya meningkatkan imej sporty jentera berkenaan. Harga jualannya pula ialah Rp 37.13 juta (RM RM 10,550).
Juga baca: Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik
Menariknya, bagi pilihan Metallic Dark Gray diberi, jalur grafik pada saluran angin di sisi tangki minyak dan panel belakang datang dengan warna jingga. Warna rim juga jingga.
Bagi pilihan Metallic Blue, jalur grafik yang diberikan turut datang dengan warna sama bersama warna rim biru.
Tiada perubahan membabitkan spesifikasi enjin dengan MT-15 2021 masing menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silider, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan teknologi VVA.
Kuasa yang dihasilkan kekal 19 Hp pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.
Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!
Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan yang dilengkapkan teknologi klac antigelincir (A&S) dengan sistem brek menggunakan jenis cakera depan dan belakang tanpa ABS.
Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) berwarna emas di depan dan sistem monoshock di belakang.
Ciri-ciri menarik lain bagi motosikal dengan berat 133 kg dan kapasiti tangki minyak 10.4 liter ini adalah lampu depan jenis projektor LED dan lampu belakang dan signal juga menggunakan jenis LED.
Bagi persoalan adakah kedua-dua pilihan warna ini akan tiba di pasaran Malaysia? Jawapannya adalah berkemungkin besar ia akan turut diperkenalkan namun hanya masa yang akan menentukan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}