Mamak Talk
Lightweight British
40
Seperti dua pasaran utama motosikal dunia iaitu Thailand dan Indonesia, pasaran Vietnam menerima kehadiran Yamaha MT-15 jauh lebih awal berbanding Malaysia.
Juga baca: Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik
Justeru, kemaskini terhadap jentera 'Naked' berkenaan di pasaran negara itu juga lebih awal dan beberapa hari lalu, Yamaha Motor Vietnam mengumumkan sedikit pembaharuan terhadap model berkenaan menerusi pilihan warna baharu.
Pilihan warna baharu yang jelas lebih menarik itu adalah Blue, Red Gray, Black. Bagi pilihan warna Blue, kombinasi warna rim juga adalah biru manakala Red Grey (Jingga) dan Black pula adalah hitam.
Harga jualan yang ditetapkan untuk model berkenaan pula seperti yang tertera di laman web Yamaha Motor Vietnam adalah sebanyak VND 69,000,000 iaitu kira-kira RM 12,315.
Juga baca: Yamaha MT-15 (2021) dapat dua pilihan warna baru di Indonesia, harga RM 10,550!
Seperti yang diperkatakan lebih awal, hanya kemaskini kosmetik diberikan bagi versi 2021 ini dengan tiada perubahan dari sudut reka bentuk yang masih lagi dilihat belum dimamah waktu.
Justeru dari sudut spesifikasi mekanikal, Yamaha MT-15 2021 masih dikuasakan enjin bersesaran 155 cc, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair.
Enjin yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem Assist & Slipper Clutch itu berupaya menghasilkan kuasa 19.3 PS pada 10,000 rpm dengan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.
Menurut Yamaha Motor Vietnam, kelajuan yang boleh dicapai oleh jentera naked aras mula ini adakah selaju 130 kmj.
Antara ciri-ciri menarik lain adalah panel meter digital LCD penuh, lampu depan dan lampu belakang LED, fork depan jenis terbalik (USD), brek cakera depan dan belakang serta kapasiti tangki bahan api 10 liter.
Di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan MT-15 di pasaran tempatan pada November tahun lalu pada harga asas RM 11,988 beserta dua pilihan warna 'lama' iaitu Ice fluid dan Yamaha Blue.
Juga baca: Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988
Dengan naiktaraf yang diberikan kepada beberapa negara jiran itu, pengguna di Malaysia juga dilihat berminat untuk mendapatkan kemaskini serupa bagi model sama kerana ia sememangnya menarik.
Tapi buat masa sekarang, sabar dan tunggu sajalah pengumuman dari syarikat berkenaan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Spots of The Day
Continuing the yellow streak. This is an F80 BMW M3, draped in a coat of Austin Yellow. Hardly found on an M3 as most I have seen are in Yas Marina Blue. Unlike its predecessor, the F80 had ditched the V8 for a turbocharged inline-6. Hence, this allows the car to generate a total of 425bhp and 550Nm of torque.
8
40
Mamak Talk
Do you have affordable dream car? Everyone loves supercars, but nowadays its too expensive. Heck even R34, supra, GTR all too expensive. So what is your affordable dream car? For me, it is Lotus Exige Roadster (then I need to ikat perut XD), this also only If I win the big sweep or toto!
5
39
13