Bersaing dengan sedan-sedan kompak European FR yang lain, Lexus IS berciri mewah telah mengikuti jejak terdahulu seperti Toyota Altezza yang digemari ramai.
Kini berada pada generasi ketiga, kali terakhir Lexus IS diberi facelift adalah pada tahun 2016. Tanda ‘IS’ pada kereta ini akan digunapakai pada generasi keempat iaitu Lexus IS 2021 baharu yang akan dikeluarkan nanti. Setakat ini, kita hanya dapat melihat sisi belakangnya dengan lampu brek LED yang melintang penuh gaya.
Lexus IS generasi keempat ini akan tampil dalam tayangan perdana digital pada 10 Jun, 8:00am JST. Program ini akan disiarkan bersama sidang media virtual di AS, dimana Lexus IS 2021 akan ditampilkan buat pertama kali pada pukul 7:00pm Eastern Daylight Time pada 9 Jun.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}