Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Siapa saja tidak kenal dengan Mitsubishi Lancer? Ia adalah salah satu model unggul dari Mitsubishi Motors sejak tahun 1970-an, dan dikenali sebagai sebuah sedan berlegenda. Lebih 7 juta unit telah dijual di serata dunia, menjadikan nama Mitsubishi gah dalam kancah industri automotif dunia.

Bagi peminat tegar Mitsubishi Lancer, anda juga mesti biasa dengan nama yang berlegenda ini, iaitu Lancer Evolution. Ini adalah Lancer versi prestasi yang membantu menaikkan darjat Mitsubishi di arena sukan permotoran, terutamanya rali.

Imej paling popular di kalangan peminat rali Malaysia.

Lancer Evolution menabur bakti kepada Proton PERT, pasukan rali tempatan yang bertanding menggunakan jentera Evo dengan logo Proton.

Juga baca: Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Acara Kejohanan Rali Dunia (WRC) pada masa itu kebanyakannya dipertandingkan oleh model kereta produksi yang diubahsuai (FIA Group A).

Untuk dikategorikan sebagai model kereta rasmi, setiap pengeluar kenderaan perlu memattuhi syarat jumlah pengeluaran tahunan sekurang-kurangnya 2,500 unit.

Ini bukan Proton Wira, ok!

Jualan pengeluaran awal Lancer Evolution I hanya 5,000 unit di Jepun, merangkumi model GSR dan RS. Kedua-duanya terjual habis dalam masa tiga hari.

Juara keseluruhan dalam Kejohanan Rali Dunia 1996, kemenangan Mitsubishi pertama dengan Lancer Evolution III dan Tommi Mäkinen (kanan).

Kemenangan Kejohanan Rali Dunia (WRC) pertama dimenangi Mitsubishi pada tahun 1996, berkat pemanduan yang hebat oleh insan yang bernama Tommi Mäkinen. Pernah dengar Toyota GR Yaris? Dia lah yang mengembangkannya.

Mäkinen terus memenangi empat gelaran pemandu WRC berturut-turut dengan memandu Mitsubishi Lancer Evolution dari 1996-1999. Dan pada tahun 1999, Mitsubishi menghasilkan edisi khas Evo, iaitu Lancer Evolution VI Tommi Mäkinen Edition untuk meraikan kemenangan Mäkinen.

Lancer Evolution pertama di belakang mengikuti Evolution X Final Edition, sebagai 'sayonara' terakhir pada model ini.

Sejak itu Mitsubishi Lancer Evolution melakar pelbagai kemenangan dan sejarah di dunia automotif, sehingga terciptanya legasi yang berakhir dengan Evolution X.

Banyak orang Malaysia mengenal Mitsubishi Lancer sebagai Lancer Evo, kependekan dari Evolution. Tanpa melengahkan masa, ini adalah kisah penuh Mitsubishi Lancer Evolution.

Lancer Evolution I (CD9A), 1992 - 1994

Setelah sasaran 2,500 unit penjualan dan pengeluaran Lancer Evolution tercapai, barulah Mitsubishi yakin yang kereta sedan kompak berprestasi ini ada tempat di hati peminat. 

Pada masa itu, ada kepercayaan di banyak pengeluar kereta bahawa kejayaan dalam acara sukan permotoran bermakna lebih banyak kereta yang boleh dijual.

Untuk menjadikan Lancer Evolution I berdaya saing, Mitsubishi Motors menggunakan badan ringan dan padat dari Lancer yang diformulasikan menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder 4G63T dengan pengecas turbo yang berasal dari Galant VR-4, termasuklah sistem 4WD.

Enjin ini telah ditala dengan lebih lanjut, menghasilkan 250 PS, 10 PS lebih tinggi daripada Galant VR-4 standard. Tork enjin ini adalah 309 Nm. tork Kekuatan casis juga jauh lebih tinggi, dan berat dikurangkan dengan menggunakan bonet depan aluminium.

Suspensi dioptimumkan supaya lebih keras. Sistem aerodinamik juga lebih baik dengan lubang besar di bamper depan dan penambahan sayap belakang.

Evolution I GSR adalah satu-satunya Evolution Lancer yang dikeluarkan dengan Viscous Limited Slip Rear Differential (VLSD). Model Evolution Lancer berikutnya semuanya menampilkan LSD mekanikal yang menggunakan plat.

Bukan papan pemuka Wira Special Edition...

Seperti anda maklum, versi produksi Lancer Evolution I mempunyai dua varian iaitu GSR dan RS. Sebanyak 2,500 unit Lancer Evolution I segera habis terjual hanya tiga hari selepas pelancarannya.

Secara keseluruhan, hanya 5,000 unit Lancer Evolution I yang dihasilkan dalam kumpulan pertama pada tahun 1992-1993 dan semuanya dibuat dengan pemanduan belah kanan kerana ia hanya dijual untuk pasaran Jepun. 

Lancer Evolution II (CE9A), 1994 - 1995

 

Kejayaan generasi pertama Lancer Evolution dalam arena WRC menyakinkan pihak Mitsubishi Motors untuk melancarkan Lancer Evolution II pada Januari 1994.

Sudah tentu Lancer Evolution II ini hadir dengan peningkatan dari generasi sebelumnya, dengan fokus dari naik taraf tahap kawalan dan kestabilan.

Selain itu, jarak roda telah diubah, batang anti-oleng depan lebih ringan yang dihubungkan melalui pautan ke strut suspensi depan, sayap belakang yang lebih besar, rim OZ Racing 5-spoke dan tayar yang 10 mm lebih lebar.

Enjin 4G63T masih lagi dikekalkan, kini menghasilkan 256 PS. Tork kekal sama seperti sebelumnya, 309 Nm. Selain itu, platform yang digunakan juga berbeza.

Sekiranya generasi pertama masih menggunakan platform berkod CD9A, pada generasi kedua Mitsubishi menggunakan kod platform CE9A.

Lancer Evolution III (CE9A), 1995 - 1996

Merupakan evolusi terakhir bagi platform generasi pertama ini, Lancer Evolution III dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang agresif dan penyejukan enjin yang lebih baik untuk terus berdaya saing di WRC yang semakin pantas setiap tahun.

Perubahan utama dilihat pada reka bentuk bampar depan, sisi, airdam belakang, dan sayap belakang. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan penyejukan enjin, serta aliran udara untuk menyejukkan brek dan mengurangkan ‘lift’.

Kuasa enjin dinaikkan 10 PS, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 270 PS Ini kerana terdapat peningkatan nisbah mampatan kepada 9.0 dan juga 'compressor' pengecas turbo yang jauh lebih besar.

Terdapat juga warna baru yang menjadi identiti Evolution III, iaitu Dandelion Yellow. Evolution III menjadi sangat terkenal kerana berjaya membawa Tommi Mäkinen ke tangga juara rali dunia pada tahun 1996.

Lancer Evolution IV (CN9A), 1996 - 1998

Pada bulan Oktober 1995, Mitsubishi Lancer menerima perubahan model penuh. Ini juga bermakna Lancer Evolution kini dalam versi keempat, atau lebih dikenali sebagai Evo IV.

Kereta yang digunakan untuk rali ini mengambil asas dari Lancer Evolution RS dengan spesifikasi dan fungsi mengikut kehendak pasukan WRC.

Sementara Evolution GSR dipersembahkan untuk menghilangkan dahaga para peminat kereta sport. Lancer Evolution IV dilengkapi dengan teknologi Active Yaw Control (AYC) yang berfungsi mengawal keseimbangan pemanduan antara tayar kanan dan kiri.

Peranti ini menggunakan pembezaan belakang yang aktif untuk menyokong menjaga kestabilan kenderaan ketika melakukan manuver pada kelajuan tinggi menggunakan sistem 4WD.

Seiring dengan penggunaan CN9A pangkalan baru, Lancer Evolution juga mempunyai badan yang lebih besar berbanding generasi pertama, bermakna reka bentuk kit badan boleh dibawa ke tahap yang lebih ekstrem.

Lihat saja lampu kabut yang digunakannya, ia sangat besar dan memberi gambaran bahawa ini adalah kereta rali yang sebenar.

Enjin 4G63T ditala semula untuk meningkatkan kuasa sedikit hingga 280 PS dengan penggunaan turbo 'twin-scroll'. Ini juga kerana berat kereta sudah meningkat. Oleh itu, enjin dan transaxle diputar 180° untuk mengimbangkan berat dan mengurangkan 'tork steer'.

Evolution IV adalah model terakhir yang dianggap "kompak" menurut peraturan dimensi Jepun. Sebanyak 10,000 unit Lancer Evolution 4 dihasilkan, dan kesemuanya terjual dengan begitu cepat.

Lancer Evolution V (CP9A), 1998 - 1999

Lancer Evolution V dilancarkan pada Januari 1998 dengan pengubahsuaian yang cukup menarik bagi kekal ‘up-to-date’ dengan perkembangan kereta rali Group A. Ini kerana pada masa itu FIA (badan sukan permotoran dunia) baru saja memberi kebebasan kepada pengeluar untuk mengubah suai kereta mereka.

 

Sebagai contoh, enjin 4G63T dalam Evolution 5 ini menggunakan piston yang lebih ringan, penyuntik 510 cc ditukar ke 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik kerana "ruang kepala" elektrik yang lebih banyak, dan ECU diubah untuk menyertakan 'ROM flash' yang membolehkan peningkatan ‘boost’ turbo TD05-HR. Hasilnya, tork naik sehingga 373 Nm pada 3,000 rpm.

Kit badan kini mempunyai lengkungan yang melengkung di depan dan belakang, sayap belakang aluminium baru menggantikan versi FRP pada Evo 4, memberikan pilihan untuk merubah sudut serangan untuk ‘down force’.

Dalam proses melakukannya, Evolution V dan model seterusnya tidak lagi dianggap "kompak" menurut peraturan dimensi Jepun, yang mengharuskan pemilik Jepun membayar cukai tahunan yang meningkat kerana kereta itu sekarang 70 mm lebih lebar daripada had yang diatur iaitu 1,700 mm.

Lancer Evolution 6 (CP9A), 1999 - 2001

Perubahan Evolution VI tertumpu pada penyejukan dan ketahanan enjin. Ia menerima 'intercooler' yang lebih besa, dan piston baru, bersama dengan roda turbo 'titanium-aluminide' untuk model RS yang pertama kali dipasang pada sebuah kereta produksi.

Kuasa enjin 4G63T kekal 280 PS pada 6,500 rpm dan tork maksimum 373 Nm pada 3,000 rpm. Evolution VI mendapat reka bentuk kit badan baru yang lebih bulat, dengan perubahan yang paling ketara adalah di bampar depan di mana lampu kabus lebih kecil dan dirapatkan ke hujung bagi aliran udara yang lebih baik.

Terdapat model melengkapi varian GSR dan RS yang dikenali sebagai RS2, ia adalah RS dengan beberapa pilihan GSR. RS edisi terhad lain dikenali sebagai RS Sprint yang ditala oleh Ralliart di UK agar lebih ringan dan lebih kuat dengan 330 PS.

Penambahbaikan lain termasuk kaliper brek Brembo yang lebih kuat dalam sistem brek Brembo. Kawalan di selekoh ditingkatkan dengan sejumlah penambahan: ‘roll centre’ suspensi depan direndahkan, dan di suspensi belakang - 'rebound' dipanjangkan.

Satu lagi edisi khas Evolution VI dikeluarkan pada bulan Disember 1999: Tommi Mäkinen Edition, yang dinamakan sempena pemandu rali Finland Tommi Mäkinen yang telah memenangi kejuaraan Kejohanan Rali Dunia selama 4 kali berturut-turut.

Ia mempamerkan bamper depan yang berbeza, tempat duduk Recaro Merah/Hitam (dengan logo T. Mäkinen timbul), roda Enkei putih 17 inci, roda stereng Momo kulit dan tombol gear, turbin titanium yang berputar lebih cepat, 'strut bar' depan, suspensi yang lebih rendah (spesifikasi Tarmac), dan nisbah stereng yang lebih cepat.

Selain warna merah yang unik pada Tommi Mäkinen Edition sahaja, terdapat juga pilihan warna putih, biru, hitam atau perak dengan pilihan sticker khas opsyenal, dengan tema kereta rali Tommi Mäkinen. Lancer ini juga kadang-kadang disebut sebagai Evolution 6½, Evolution 6.5, atau TME.

Lancer Evolution 7 (CT9A), 2001 - 2003

Pada tahun 2001, Mitsubishi dipaksa oleh FIA untuk membina kereta menurut peraturan WRC dan bukannya Group A, justeru mereka tidak perlu untuk mengikuti peraturan homologasi sebelum ini.

Evolution VII dibina menggunakan platform Lancer Cedia yang lebih besar dan berat, tetapi Mitsubishi menebus ini dengan beberapa perubahan pada casis.

Perubahan terbesar adalah Active Center Differential dan Limited Slip Differential (LSD) yang lebih efektif, dengan penambahan Limited Slip Differential helical di bahagian depan. Tork meningkat kepada 385 Nm, tetapi kuasa kekal sama pada 280 PS.

Buat pertama kali dalam sejarah Lancer Evolution, varian 5-kelajuan automatik ‘triptronic’ dengan nama GT-A (Grand Tourer-Automatic) diperkenalkan.

Varian GT-A hanya dihasilkan pada tahun 2002 dan mempunyai spesifikasi dalaman dan luaran yang berikut: rim kemasan berlian 17 inci, lensa cahaya belakang jenis ‘clear’ ala Lexus IS200/Toyota Altezza, dan lampu depan gaya semua-dalam-satu (kemudian digunakan pada Evolution VIII).

Pembeli varian GT-A mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan sayap, sayap pendek (seperti di Lancer Cedia; dan kemudian digunakan pada Evolution VIII 260) atau sayap 'Thunder' seperti yang digunakan pada model Evolution VII standard.

Ciri yang paling membezakan adalah bonet halus tanpa gril udara sama sekali dan plat nombor di bahagian tengah. Walaupun ini menjejaskan penyejukan, tetapi reka bentuk bonet depan jauh lebih ringkas, mengurangkan rintangan aliran udara pada kelajuan tinggi.

Bagi interior pula, terdapat pilihan kemasan sama ada deluxe velour, kulit penuh, atau tempat duduk Recaro. Beza diantara Evolution VII biasa dan GT-A adalah pemegang pintu berwarna, panel instrumen yang berbeza (paparan pilihan gear) dan bezel bermata krom di sekitar speedometer dan tachometer.

Selain itu, terdapat penambahan kedapan bunyi, serta ‘engine manifold’ dan ‘downpipe’ telah direkayasa agar lebih senyap. Disebabkan itu, kuasa sedikit kurang dari varian manual, dengan 272 PS.

Lancer Evolution VIII (CT9A), 2003 - 2005

Setelah menempa nama dan mengegarkan dunia sukan permotoran selama beberapa generasi di Eropah dan Asia, serta didorong oleh kejayaan Subaru Impreza WRX yang telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun sebelumnya - akhirnya Lancer Evolution dijual secara rasmi di sana pada tahun 2003, bermula dengan Evo VIII.

Ketika itu, Lancer Evolution sedan berada di puncak populariti disebabkan oleh permainan video dan penampilan tertentu di beberapa filem Hollywood terutamanya siri Fast & Furious.

Kali ini, perubahan termasuklah roda Enkei kelabu 17  inci, brek Brembo dan suspensi dari Bilstein, dan transmisi manual 5-kelajuan/6-kelajuan (bergantung kepada varian) dengan 280 PS.

Pada awalnya model ini dijual di Amerika Syarikat sebagai 'one off', tetapi penjualan begitu berjaya di AS sehingga pada tahun 2005 terdapat empat pilihan varian: model GSR standard di Jepun, RS, SSL, dan MR.

Varian 'holy grail', MR.

Di United Kingdom, variation khas diperkenalkan, termasuk varian 260, FQ300, FQ320, FQ340, dan FQ400. Nombor di belakang itu menandakan jumlah kuasa kuda yang dihasilkan.

Lancer Evolution IX (CT9A, CT9W), 2005 - 2007

 

Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution IX di Jepun pada 3 Mac 2005, dan mempamerkan kereta tersebut di Geneva Motor Show untuk pasaran Eropah pada hari yang sama. Pasaran Amerika Utara menyaksikan model yang dipamerkan di New York International Auto Show pada bulan berikutnya.

Enjin 2.0 4G63T kini dilengkapi dengan teknologi MIVEC (pemboleh ubah injap masa) yang secara drastik mengurangkan penggunaan bahan bakar dengan mengubah ‘valve timing’ pada cam ‘intake’.

Sistem MIVEC serupa dengan sistem i-VTEC Honda yang tidak mengubah lif injap, hanya ‘intake valve timing.’

Terdapat tiga varian untuk pasaran Jepun, Asia dan Eropah – GSR, RS, dan MR. Walaupun semua model menghasilkan 291 PS, tetapi angka torknya berbeza dari satu model ke model yang lain.

Namun, di Eropah, Evolution IX diiklankan memiliki 280 PS. Varian GSR menghasilkan tork 400 Nm, sementara RS dan GT menghasilkan 407 Nm.

Mitsubishi juga mengeluarkan satu-satunya Lancer Evolution IX wagon dengan varian GT, GT-A dan versi khas MR. Terdapat dua pilihan transmisi, iaitu manual 6 kelajuan (GT, MR) atau automatik 5-kelajuan (GT-A).

Varian automatik menggunakan enjin 4G63T tanpa MIVEC dari Evo VIII dengan turbo yang lebih kecil untuk meningkatkan tork di bahagian RPM rendah. Ia hanya dijual di Jepun dan diimport ke negara lain sebagai ‘grey import’. Hanya 2,924 Evo IX wagon dihasilkan sepanjang pengeluarannya.

Juga baca: Mitsubishi Lancer Evo IX Wagon - yang pertama dan yang terakhir?

Varian GT wagon manual hanya 20 kg lebih berat dari Evo IX sedan disebabkan oleh turet keluli, bar anti-instrusion keluli di pintu, dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat yang lebih berat.

Terdapat juga sedikit berat tambahan di pintu belakang dan kaca sisi tambahan. Evo Wagon GT-A pula 70 kg lebih berat kerana transmisi automatiknya, selain apa yang ada pada model GT.

Lancer Evolution X (CZ4A), 2007 - 2016

Lancer Evolution X mungkin merupakan ‘ultimate evolution’ dari mana-mana pendahulunya dalam siri Mitsubishi Lancer Evolution. Buat pertama kalinya, terdapat enjin baru dengan kod 4B11T. Seperti Lancer Evo sebelumnya, enjin ini masih 2.0 liter 4-silinder dengan pengecas turbo.

Bezanya kali ini adalah blok silinder tidak lagi menggunakan besi, tetapi aluminium dengan ‘timing chain’, mengurangkan 12 kg. Enjin 4B11T juga sekali lagi menggunakan sistem MIVEC, cuma kali ini ia digunakan di kedua-dua bahagian injap masuk dan juga ekzos.

Juga baca: Mana satu lagi bagus? Timing chain atau timing belt?

Terdapat dua pilihan transmisi – manual 6-kelajuan, dan unit dwi-klac yang diberi nama TC SST (untuk Twin Clutch Sports Shift Transmission), menampilkan enam nisbah gear.

Juga baca: Dunia dah tak perlukan kereta manual

Ini membolehkan Evo X dengan 280 PS (spesifikasi Jepun) mencatatkan masa 5.2 saat pada uijan 0-100 km/j walaupun dengan berat 1540 kg, 140kg lebih berat daripada Evo IX.

Evolution X mula dijual secara rasmi pada 1 Oktober 2007 di Jepun, New Zealand & Australia, Januari 2008 di AS, Februari 2008 di Kanada, dan pada bulan Mac 2008 di UK. Versi Twin Clutch SST pula mula dijual di Jepun pada November 2007.

Selepas 10 tahun berada di dalam pasaran, Mitsubishi membina 1,600 unit Lancer Evolution X Final Edition berdasarkan trim GSR pada tahun 2015 bagi menandakan pengakhiran nama Lancer Evolution.

Konklusi - adakah ia akan kembali?

Seperti namanya, setiap Mitsubishi Lancer Evolution menerima pelbagai jenis penambahbaikan serta talaan bagi menjadikannya lebih berdaya saing, inovatif, serta relevan. Banyak ciri Lancer Evolution, seperti Super All-Wheel Control (S-AWC), diperbaiki dan diperkenalkan kepada kenderaan Mitsubishi lain.

Oleh kerana kecekapan dan fleksibiliti menjadi fokus penting bagi pengguna, Mitsubishi memutuskan untuk memfokuskan usaha mereka pada kenderaan crossover dan kereta elektrik atau hibrid untuk memenuhi permintaan pelanggan di serata dunia.

Adakah Lancer Evolution akan kembali? Pada Mei lalu, Mitsubishi telah mengumumkan bahawa mereka akan menghidupkan semula divisyen pretasi Ralliart yang berlegenda.

Jenama tersebut bukan hanya menghasilkan penambahbaikan serta aksesori untuk model-model baharu Mitsubishi, malah mereka mempunyai pelan untuk berlumba semula, terutamanya pada sukan rali.

Ketika ditanya tentang Lancer Evolution, CEO Mitsubishi, Takao Kato mengatakan bahawa para pemegang saham dalam Mitsubishi inginkan ia untuk kembali semula. Ini satu fakta yang menarik, maklumlah banyak pengeluar kereta yang hanya ingin fokus terhadap SUV.

Namun begitu, kerana model sebegini tidak begitu untung, ditambah pula dengan kewangan Mitsubishi yang belum benar-benar kukuh, maka pengembangan Lancer Evolution bukanlah keutamaan buat masa kini.

Khas 'one off' Lancer Evolution Mitsubishi innovative Electric Vehicle (MIEV), direka untuk eksperimentasi.

“Elektrifikasi memerlukan banyak kos pembangunan, dan syarikat masih belum benar-benar kuat. Kami masih mencatatkan defisit besar pada tahun fiskal lalu, jadi kami mesti terlebih dahulu mengembalikan syarikat sebelum menghasilkan kereta yang peminat mahukan. Saya mahu lakukannya,” kata Kato lagi.

Juga baca: Mitsubishi Airtrek didedah - kini sebuah SUV elektrik sepenuhnya, tiada lagi enjin turbo Lancer Evo!

Jika model berlegenda ini kembali semula, kami yakin ia akan menerima teknologi elektrifikasi, sama ada petrol-elektrik, hibrid, atau elektrik sepenuhnya setanding dengan banyak kereta berprestasi zaman kini. Buat masa kini, kita layan Mitsubishi Xpander versi rali dulu ok?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Myvi

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model