Nampaknya, pemilikan Volvo di bawah Geely telah menghasilkan satu lagi usaha yang memanfaatkan antara satu sama lain. Kali ini, bahagian operasi trenkuasa di bawah kedua-dua jenama tersebut akan digabung sebagai Aurobay.
Syarikat baru ini akan menjadi pembekal global buat trenkuasa yang lengkap termasuklah enjin pembakaran generasi seterusnya, transmisi, dan juga teknologi hibrid.
Juga baca: Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla!
Untuk itu, Volvo Cars akan memindah aset Powertrain Engineering Sweden kepada Geely Holding pada bulan yang akan datang. Pemindahan pemilikan ini turut merangkumi Skövde, iaitu kilang enjin dan pasukan R&D di Sweden serta kilang enjin yang ada di China.
Hasil dari pindaan ini, Volvo Cars akan meletakkan fokus sepenuhnya terhadap pembangunan kereta premium elektrik sepenuhnya. Lagipun, ia selari dengan matlamat mereka untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.
Sementara itu, Geely Holding juga bakal memiliki pasukan R&D yang lebih hebat dalam membangunkan trenkuasa hibrid dan enjin pembakaran yang lebih canggih serta efisien. Secara tidak langsung, Proton (49.9% dimiliki oleh Geely Holding) turut berpeluang untuk rasai manfaat ini.
Mengenai pertubuhan syarikat baru itu, Aurobay juga mempunyai pelan untuk menjadi pembekal buat pelanggan di luar Geely Holding Group. Malah, mereka bermatlamat untuk jadi nombol 1 dalam pembekalan trenkuasa yang berkualiti tinggi, mesra alam, dan menjimatkan kos.
Juga baca: Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}