window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla!

Haris · Jun 22, 2021 05:00 PM

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 01

Kereta elektrik (EV) bukanlah sesuatu yang baharu bagi Geely. Jenama ini sudah mempunyai 5 model EV yang dijual di China - Geely Emgrand GSe, Geely Emgrand Dihao EV500, Geometry A, Geometry C, dan Zeekr 001 yang baru dilancarkan.

Sekiranya anda mengambil kira model Geely Group yang lebih luas, terdapat model EV Polestar 1 dan Polestar 2, serta Volvo C40 yang bakal dilancarkan.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 02

Zeekr 001

Namun jika anda berhenti sejenak dari jargon pemasaran Geely, anda akan menyedari bahawa Geely bukanlah pemain industri yang besar dalam arena EV, walaupun mempunyai portfolio yang luas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 01

Pada tahun 2020, Geely menjual sebanyak 22,696 unit EV (termasuk model Geometri) di China, sementara Tesla menjual 134,449 unit Model 3 buatan China (model S dan Model Y yang diimport tidak termasuk), manakala jenama handalan EV di China iaitu Nio berjaya menjual 43,728 unit.

Oleh itu, dari segi situasi pasaran sebenar, Geely tidak berada pada posisi untuk membuat kenyataan 'panas'.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 02

Geometry C

Namun itu bukanlah apa yang bermain di fikiran Kent Bovellan, Ketua Bahagian Pusat Seni Bina Kenderaan di Institut Penyelidikan Automotif Geely yang bertempat di Teluk Hangzhou, China. Beliau telah mengadakan sidang media bersama-sama media dari Malaysia baru-baru ini.

Geely dakwa platform SEA lebih baik dari Tesla

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 03

Kent adalah seorang rakyat Sweden dan orang Sweden biasanya tak banyak bercakap apatah lagi bercakap mengenai pencapaian sendiri.

Contoh terbaik, Volvo pernah membuat catatan masa pusingan terbaik di litar Nurburgring pada tahun 2016 menggunakan Volvo S60 Polestar. Selepas memecahkan rekod, Volvo langsung tidak menguar-uarkan mengenai hal tersebut. Alasannya, mereka sekadar ingin tahu posisi Volvo berbanding jenama pesaing Jerman. Selepas menemui jawapan Volvo dengan senang hati pulang ke tanah asal.

Media dan orang awak tak perlu tahu, namun seorang 'individu' di Polestar tahu mengenai perkara ini lalu membocorkannya kepada media pada tahun 2017.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 04

Sweden adalah negara dengan pemenang Hadiah Nobel paling ramai tetapi golongan elit Sweden tidak dilihat menggunakan Mercedes-Benz S-Class.

Kenapa? Kerana budaya Sweden tidak suka 'angkat bakul' sendiri. Raja Sweden sendiri hanya menggunakan Volvo XC90. Jutawan teknologi Sweden, Daniel Elk yang memiliki Spotify juga tidak sepopular Mark Zuckerberg atau Elon Musk kerana ini bukan budaya Sweden.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 05

Jadi apabila Kent Bovellan mengatakan Tesla, atau platfrom PPE Porsche, atau platform MEB Volkswagen tidak sebagus platform SEA Geely - ini suatu dakwaan yang cukup berani. Platform SEA adalah platform pertama dari Geely yang khas untuk EV dengan inovasi open source architecture.

Dakwaan yang lebih tepat sepatutnya begini

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 06

Pertama kali diumumkan pada bulan September 2020, platform SEA digembar-gemburkan sebagai penyelesaian terbaru bagi model EV. Apa yang sepatutnya diketengahkan adalah platform SEA adalah berasaskan sumber terbuka (open source), suatu pencapaian baharu dalam industri EV.

Platform SEA bukanlah 1 platform yang digunakan untuk pelbagai bentuk badan kenderaan. Terdapat 5 platform dalam keluarga SEA dan ini menjadikannya sebagai sebuah platform kenderaan yang paling fleksibel setakat ini.

Barisan platform SEA dari Geely
SEA-Entry Segmen B
SEA2 Segmen C
SEA1 Segmen D/E
SEA-Sport Segmen F
SEA-Commercial Trak pikap / Bas

Berikut adalah penjelasan platform-platform SEA:

SEA-Entry - paling kecil dengan jarak roda sekitar 2,600 mm, iaitu sekitar Honda City. Meliputi kereta sub-kompak.

SEA2 - merangkumi segmen C. Setaraf dengan platform MEB dari Volkswagen (Volkswagen ID.3 dan ID.4), platfrom CMF-EV dari Renault-Nissan-Mitubishi (Nissan Ariya), dan juga Tesla Model 3 / Model Y.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 07

SEA1 platform

SEA1 -  kereta segmen D dan E saiz pertengahan hingga saiz penuh, setaraf dengan Tesla Model S. Zeekr 001 shooting brake menggunakan platform ini.

SEA Sport - berorientasikan prestasi, mampu mencatatkan 0-100 km / jam sepantas 2.8 saat. Setaraf dengan Porsche Taycan.

SEA Commercial - bas, kenderaan komersial dan trak. Tidak seperti platform kenderaan komersial ladder frame, platform ini adalah kerangka badan jenis unibody. Masih belum ditonjolkan secara mendalam oleh Geely.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 08

“Kesemua syarikat yang pernah sampai ke sini dan menguji platform SEA sangat berpuas hati dengan apa yang telah kami capai. Kadang-kadang, pengeluar OEM mengunjungi saya dan saya mempunyai model Tesla yang diparkir di sebelah SEA1. (Kereta platform) SEA1 boleh dikatakan setaraf dengan Tesla Model S atau Model X. Ramai yang memuji SEA1 lebih baik dari Tesla, walaupun sekadar prototaip,” ujar Bovellan.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 09

Model Zeekr akan setaraf dengan Tesla Model S dan Porsche Taycan, kata Geely

Secara teori, EV mempunyai kurang bahagian mekanikal justeru EV dapat dibangunkan di atas platform yang berbentuk papan luncur (skateboard). Hal ini membolehkan bentuk badan kenderaan berbeza atau "top hat" dapat dipasang pada casis yang sama di mana motor dan bateri terbina dalam platform.

Kebanyakan pengeluar termasuk Geely kini sedang bertungkus lumus melabur untuk membangunkan platform sedemikian dan platform SEA adalah contoh terbaik.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 10

Hyundai Motor Group dengan platform E-GMP

Namun realitinya jauh panggang dari api. Menyesuaikan komponen pada platform bukanlah suatu tugas mudah apatah lagi dalam mengoptimumkan komponen berbeza seperti kedudukan tempat duduk, penyaman udara, dan komponen perlindungan kemalangan.

Bovellan pula mendakwa platform SEA tidak menghadapi cabaran tersebut. Beliau menjelaskan bahawa model MPV atau SUV (high roof) atau sedan (low roof) boleh disesuaikan pada platform SEA.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 11

Ketinggian lantai platform SEA boleh disesuaikan untuk menampung bentuk badan atap rendah / atap tinggi

"Kenderaan tinggi atau rendah, tiada masalah sama sekali. Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan untuk platform papan selaju adalah anda perlu memastikan bateri bagi kenderaan rendah dioptimumkan untuk memberi ruang kaki yang cukup untuk penumpang.

Bovellan turut menambah bahawa dengan memaksimumkan setiap bahagian kenderaan, Geely kini dapat membangunkan EV dengan bumbung serendah 1,480 mm. Sebagai rujukan, Porsche Taycan mempunyai bumbung serendah 1,379 mm sahaja.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 12

"Apa yang kita lakukan adalah membina poket ‘ruang kaki'. Kami mengurangkan komponen di bawah kaki penumpang, sehingga penumpang mampu meletakkan kaki mereka lebih dalam. Tetapi anda memerlukan bateri yang lebih rumit dan mahal. Anda juga boleh menggunakan bateri dua tingkat dengan ruang kaki yang dikompromi tetapi anda masih boleh melakukan kenderaan dengan bumbung yang rendah,” jelas Bovellan.

Namun, pemeriksaan lanjut terhadap imej platform SEA mendapati bahawa SEA sebenarnya bukan platform papan selaju biasa, tetapi sebenarnya lebih mirip platform e-TNGA dari Toyota, dengan dinding dan tiang-A yang telah ditetapkan pada posisi.

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla! 13

Ketika ini, hanya Zeekr 001 sahaja yang menggunakan platform SEA (SEA1). Selain Zeekr, SEA terbuka untuk digunakan oleh jenama lain dalam kumpulan Geely tetapi ini tidak diulas lebih lanjut.

Jenama Zeekr ditujukan untuk jenama EV premium seperti Nio dan Tesla, sementara Geometry adalah jenama EV pasaran massa. Jenama Polestar dari Volvo pula menggunakan platform SPA (Polestar 1) dan CMA (Polestar 2).

Bacaan Lanjut:

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k?

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda