Akhir bulan lalu, jenama automotif Lynk & Co telah melancarkan model baharu Lynk & Co 09 2021. Model ini adalah SUV terbesar mereka dengan susunan 7 penumpang. Walaupun menggunakan nombor 09, model baru ini adalah model ke-7 Lynk & Co dalam barisan model mereka.
Seperti sepupunya dari Sweden, Lynk & Co 09 dibangunkan berdasarkan Volvo Scalable Product Architecture (SPA) - model pertama di luar jenama Volvo yang menggunakan platform ini. Model Lynk & Co lain dibangunkan di atas platform BMA dan CMA.
Terkini, lebih banyak butiran mengenai SUV mercu dari Lynk & Co ini telah tertiris, antaranya adalah anggaran harga.
Di China, harga Lynk & Co 09 dianggarkan bermula dari CNY 299,800 (~ RM 194k).
Harga tersebut agak menakjubkan, hampir separuh harga Volvo XC90, yang mempunyai harga bermula dari CNY 538,900 (~ RM 349k). Malah, Lynk & Co 09 paling mahal yang berharga CNY 336,800 (~ RM 218k) pun masih jauh lebih murah daripada sepupu Sweden tersebut.
Lynk & Co 09 dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter bercaj turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Model versi elektrik pula dijangka akan diperkenalkan pada masa akan datang, bakal menggunakan trenkuasa XC90 yang sama.
Selain daripada butiran harga, jarak roda Lynk & Co 09 juga telah disahkan - 2,984 mm, mirip Volvo XC90.
SUV ini juga sedikit lebih panjang dan lebih lebar daripada Volvoc XC90, seperti dalam jadual di bawah.
Perbandingan Dimensi | ||
---|---|---|
Lynk & Co 09 | Volvo XC90 | |
Panjang (mm) | 5,042 | 4,950 |
Lebar (mm) | 1,977 | 1,958 |
Tinggi (mm) | 1,780 | 1,776 |
Jarak roda (mm) | 2,984 | 2,984 |
Dari segi reka bentuk, fasia Lynk & Co mudah dikenali dengan 2 lampu depan ikonik di bahagian paling atas. Ia juga menggunakan gril bilah menegak, rekaan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam model Lynk & Co.
Lynk & Co 09 menggunakan unit lampu belakang mendatar yang anggun dengan elemen pencahayaan terbahagi. Rekaan ini nampak sangat anggun berbanding lampu belakang Volvo.
Sebagai model mercu Lynk & Co, ia menerima ciri kelengkapan terbaik seperti kemasan kulit Nappa, pemanas dan penyejuk tempat duduk hadapan, kerusi memori untuk pemandu, kawalan suhu quad zon dengan sistem kualiti udara (AQS), sistem audio 14 pembesar suara dan kamera perakam papan pemuka (dashcam).
Lynk & Co 09 dijangka akan sampai ke bilik pameran di China pada penghujung tahun ini.
Bermula sebagai jenama yang kurang dikenali beberapa tahun lalu, Lynk & Co telah berjaya mengubah persepsi ini dengan menukar imej mereka sebagai salah satu jenama baru yang mewah di China. Penampilan model kereta yang radikal dan unik membawa perhatian yang selayaknya kepada Lynk & Co.
Berada di bawah payung Geely tentunya sangat membantu, lebih lagi apabila terdapat kemungkinan perkongsian bahagian yang lebih besar antara model, mengurangkan kos untuk membangunkan kereta baharu. Lagi pula, siapa yang tak minat dengan model Volvo XC90 murah? Nyatakan di bahagian komen!
Bacaan Lanjut:
Lynk & Co 09 2021, kembar Volvo XC90 versi murah tapi lebih mewah, harga RM160k?
Lynk & Co 02 Hatchback - pencabar VW Golf GTI dari Geely; 254 PS/350 Nm tork, 8AT
Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI!
And that pretty much sums up the new Lynk & Co 09 – a product born at the right time by the right company.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}