window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lynk & Co 09 2021, kembar Volvo XC90 versi murah tapi lebih mewah, harga RM160k?

Zaid · Jun 22, 2021 08:00 PM

2021 Lynk & Co 09 Launch

Lynk & Co baru-baru ini memperkenalkan SUV flagship terkini mereka iaitu Lynk & Co 09. Ia adalah sebuah Volvo XC90 namun, dalam versi yang lebih mewah.

Menggunakan platform SPA (Scalable Architecture Platfrom) daripada Volvo, Lynk & Co 09 mempunyai saiz yang besar.

Ianya berukuran 5,042 mm panjang, 1,977 mm lebar dan 1,780 mm tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Lynk & Co 09 Exterior Design

Jarak antara roda masih belum diumumkan namun, sebagai rujukan, model XC90 milik Volvo mempunyai jarak antara roda berukuran 2,984 mm.

Perbandingan Saiz
  Lynk & Co 09 Volvo XC90
Panjang (mm) 5,042 4,950
Lebar (mm) 1,977 1,958
Tinggi (mm) 1,780 1,776
Jarak antara roda (mm) TBC 2,984

2021 Lynk & Co 09 Exterior Design

Reka bentuk di bahagian luarnya mengambil inspirasi daripada konsep “major metropolis” – sebuah kereta yang sesuai dengan gaya hidup urban atau ‘orang bandar’.

Di bahagian hadapan, wajah sinonim Lynk & Co jelas kelihatan namun, rekaan garis badan tajam model ini jarang dilihat pada model Lynk & Co yang lain.

Bukan itu sahaja, kini terdapat pemegang pintu moden dan kemas tertanam di bahagian sisi memberikannya gimik yang lebih futuristik.

2021 Lynk & Co 09 Exterior Design

Turut hadir sistem lampu utama yang canggih dengan teknologi ‘84 individual LED matrix’ bersama 4 pilihan mode – ‘city’, ‘village’, ‘highway’ dan ‘weather’.

Lynk & Co mengulas; tidak mengira kondisi pemanduan, lampu hadapannya mampu memberi nyalaan terbaik seakan-akan Menara TV Oriental Pearl, di Shanghai.

Menjenguk pada bahagian belakang, Lynk & Co 09 mempunyai gaya yang lebih ‘sporty’ berbanding XC90 yang berbentuk kotak persis gaya eksekutif.

Rekaan tiang C yang nipis memberikannya gaya yang serius. Dipadankan bersama lampu belakang yang terbentang secara mendatar, menonjolkan lagi lebar SUV ini.

2021 Lynk & Co 09 vs Volvo XC90

Di bahagian dalam, ianya padat dengan teknologi gajet terkini, sehinggakan ada di antaranya tidak pernah dijumpai pada sebuah Volvo.

Gajet seperti kawalan pada stereng, skrin infotaimen dan kawalan suhu kini lebih sensitif bagi memberi sentuhan premium.

2021 Lynk & Co 09 Interior Design

Di bahagian tengah, terdapat sistem infotaimen bersama skrin sesentuh 12-inci dan panel kawalan suhu LCD 6-inci.

Turut didatangkan bersama, 2 butang kawalan jenis rotari 1.4-inci memberikannya gaya yang lebih kemas.

2021 Lynk & Co 09 Interior Features

Lynk & Co telah mengadaptasi butang kawalan Start/Stop dan suis pilihan mode pemanduan milik Volvo.

Namun, tidak pasti sama ada ia masih menggunakan kemasan potongan berlian ataupun tidak.

2021 Lynk & Co 09 vs Volvo XC90

Antara ‘jajan’ lain yang ada pada Lynk & Co 09 termasuklah - Kluster instrumen LCD 12.3-inci, paparan HUD 12.8-inci berwarna, teknologi Augmented Reality Navigation, tempat duduk dibalut kulit Nappa Leather, teknologi kemaskini perisian OTA, pewangi sedia ada dalam kenderaan dan L2 ADAS.

2021 Lynk & Co 09 Interior Seats

Fakta menarik pada platform SPA ialah sistem pembesar suaranya telah dibina khas pada casis itu sendiri dengan bantuan jenama audio premium, Bowers & Wilkins.

Lynk Co 09 semestinya mendapat manfaat daripada pembangunan ini. 

Kami berpendapat bahawa sistem 14-pembesar suara jenama Bose tidak akan mampu bersaing dengan kualiti sistem audio 19-pembesar suara talaan B&W.

2021 Lynk & Co 09 Sound System

Tidak seperti XC90 yang datang dengan 7-tempat duduk (2+3+2), Lynk & Co adalah sebuah SUV 6-tempat duduk konfigurasi (2+2+2).

Kerusi barisan tengah merupakan jenis ‘captain seats’ dan ianya pilihan yang lebih popular di China.

Sistem rangkaian kuasa yang ditawarkan Lynk & Co 09 masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka akan datang dengan enjin turbo 2.0- liter + transmisi auto 8 kelajuan sama seperti model Lynk & Co lain.

Teknologi sistem PHEV (407 PS/640 Nm) milik model asal Volvo T8 juga bakal digunakan.

2021 Lynk & Co 09 Exterior Design

Media tempatan China memberi andaian bahawa Lynk & Co 09 bakal mempunyai tanda harga bermula RMB 250,000 (RM 160k).

Manakala, pelancarannya dijangka berlaku pada bulan hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volvo XC90 B5 AWD Inscription Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda