window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm

Faisal · Oct 9, 2023 02:08 PM

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 01

BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW X1 sDrive20i xLine 2023 (CKD) ke pasaran kita dan ia ditawarkan pada harga RM 259,800 (OTR, tanpa insurans, dengan pakej servis dan waranti lanjutan).

Model ini secara amnya menyertai penawaran EV BMW iX1 CBU yang diperkenalkan pada Mei tempoh hari.

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar, BMW X1 tampil dengan trim xLine di mana ia memperlihatkan gril buah pinggang BMW dalam kemasan Pearl Chrome dan sisik hitam kilat, berbeza dengan BMW iX1 yang menerapkan kit M Sport.

Juga bacaEV BMW iX1 dilancar di Malaysia - dari RM 286k, 313 PS/494 Nm, AWD, jarak pandu 440 km

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 01

Dari segi teknikal, SUV premium permulaan dari BMW ini menggunakan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 204 PS/300 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan.

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 02

Masuk ke bahagian dalam, terdapat BMW Curved Display yang merangkumi kluster 10.25-inci dan infotainment 10.7-inci yang menggunakan BMW Operating System 8.

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 03

Soal keselamatan pula, BMW X1 sDrive20i lengkap dengan pakej Driving Assistant yang merangkumi:

  • Hill Start Assist
  • Speed LimiterAttentiveness Assistant
  • Lane Departure Warning with active steering intervention
  • Front Collision and Left Turn Warnings with braking function
  • Evasion Assistant

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 04

Pelanggan yang berminat pula ditawarkan dengan pilihan warna Black Sapphire, Alpine White, Cape York Green, Phytonic Blue dan Space Silver, manakala bahagian kabin pula diberi warna Black Perforated Sentatec dan M Headliner Anthracite.

BMW X1 sDrive20i 2023 CKD dilancar pada RM 259k, SUV premium permulaan anda dengan 204 PS/300 Nm 05

Dari sekarang hingga 31 Oktober 2023, pelanggan akan mendapat rebat RM 10,000 apabila membeli BMW X1 sDrive20i xLine melalui Easy Drive Financing Plan dari BMW Group Financial Services Malaysia.

Ini bermakna SUV premium permulaan dari BMW ini boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM 2,838 (berdasarkan kadar pinjaman 80% daalam tempoh 5 tahun), berbanding RM 3,015 tanpa rebat.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW X1 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda