window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI!

Faisal · Jun 8, 2021 02:00 PM

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI! 01

Lynk & Co 02 Hatchback baru sahaja dilancarkan di China bagi mencabar pasaran hothatch yang sering dijulang oleh Volkswagen Golf GTI.

Sama seperti Lynk & Co 03+, hothhatch yang berharga CNY 176k (RM 113k) ini juga hadir dengan warna solo iaitu oren sahaja. Varian yang ditawarkan juga hanyalah 1.

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI! 01

Apapun, pembeli boleh menambah pakej pengendalian yang bernilai CNY 5,000 (RM 3.2k). Pakej ini menambah roda aloi 19 inci jenis forged yang dibalut oleh tayar Michelin PS4. Strut bar depan jenis aluminium juga diberikan sekali.

Dari segi trenkuasa, Lynk & Co 02 Hatchback menggunakan enjin 2.0L turbo Drive-E Volvo yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan Aisin.

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI! 02

Hothatch ini mempunyai 254 PS dan 350 Nm tork (kiranya prestasi tahap Volvo T5). Fungsi overboost juga ada untuk lonjakan tork sementara sehingga 380 Nm. Kalau anda nak tahu, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa selama 6.2 saat sahaja. Kadar penggunaan minyak pula dikatakan serendah 7.3 liter/100 km.

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI! 03

Antara ciri menarik yang ada pada hothatch ini ialah:

  • Kerusi kulit sport dengan Alcantara
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci
  • Sistem infotainment sesentuh 10.2 inci
  • Sistem bunyi Infinity dengan 10 pembesar suara
  • Penyaman udara di tempat duduk belakang
  • Sistem bantuan keselamatan ADAS Tahap 2

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda