Ford Ranger cukup diminati oleh masyarakat kita kerana ia memiliki gaya yang begitu sasa dan tegap. Seperti yang anda tahu, trak pikap itu hanya dikuasakan oleh enjin turbodiesel.
Tetapi di Australia, syarikat automotif dan unit kuasa, H2X Global Ltd, baru sahaja perkenalkan Ford Ranger yang diubah suai kepada kuasa hidrogen (fuel cell electric vehicle).
Asalnya, trak pikap FCEV ini hanya untuk tujuan pembangunan dalaman H2X Global. Tetapi disebabkan minat yang agak luar biasa, ia bakal dimasukkan ke fasa produksi secara terhad dengan menggunakan nama H2X Warrego.
Menariknya, salah satu tempahan yang diterima selain dari negara Belanda dan Australia ialah Malaysia. Pembelinya pula mungkin berlatarbelakangkan syarikat institusi penyelidikan.
Buat masa ini, output trenkuasa hidrogen yang dibangunkan oleh H2X menghasilkan 95 PS (mungkin meningkat lagi di masa yang akan datang). Menurut H2X juga, trak pikap hidrogen yang menggunakan asas Ford Ranger ini boleh membawa muatan sehingga 1,500 kg, jauh lebih baik daripada Ranger sendiri. Ia bakal ditawarkan dengan pilihan pacuan roda belakang atau empat roda.
Apapun, demonstrasi mengenai trak pikap ini akan diadakan pada awal tahun depan sebelum mula dijual pada April 2022. Mengenai waranti pula, ia akan ditampung sendiri oleh H2X, bukannya Ford.
Anda mungkin bertanya samada bolehkah hidrogen dijadikan alternatif kepada trenkuasa diesel? Umumnya, manfaat yang diberi oleh penggunaan teknologi hidrogen berbanding diesel adalah seperti:
Lagipun, tempoh mengisinya adalah sama seperti enjin diesel (gas berbanding minyak). Jadi, agak munasabah sekiranya teknologi ini diketengahkan secara meluas tidak lama lagi.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}