Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu yang meliputi daerah Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu berjaya raih kutipan bayaran saman hari minggu sehingga RM 521,724.
Perkidmatan hari minggu yang ditawarkan sejak 13 Ogos yang lalu menyaksikan lebih kurang 2,395 orang menyelesaikan bayaran saman setiap minggu. Kaunter itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari untuk hari Jumaat dan 9 pagi hingga 1 tengah hari untuk hari Sabtu.
Dalam masa yang sama, JPJ juga membuka kaunter pandu lalu di kawasan tempat letak kereta di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Pengarah JPJ negeri Terengganu, Encik Zulkarnain Yasin berkata,”JPJ negeri juga menyediakan perkhidmatan bayaran pandu lalu bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu disebabkan tidak dapat menempah slot janji temu secara dalam talian.”
Juga baca: JPJ Perak sediakan khidmat ‘renew’ lesen memandu, cukai jalan secara pandu lalu bermula esok
Antara urus niaga yang boleh dibuat adalah pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman termasuk yang disenaraihitamkan dan cetakan dokumen cukai jalan.
Menurut beliau, perkhidmatan itu disediakan bagi mengelakkan kesesakan pelanggan yang boleh mencetuskan jangkitan Covid-19.
Juga baca: Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar
Mengenai hasil kutipan kompaun dalam tempoh pengurangan sebanyak 70 peratus yang ditawarkan di seluruh negara, JPJ negeri Terengganu berjaya mengutip sebanyak RM 42,772 melalui 563 jumlah transaksi sejak Rabu dua minggu lepas.
Juga baca: Promo diskaun saman JPJ sehingga 70% sempena Bulan Kemerdekaan 2021
Sumber: New Straits Times Press (M) Bhd
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}