window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar

Mersita · Jul 28, 2021 01:00 PM

Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar 01

Jauh, sesak, dan lambat. Inilah keluhan ramai penduduk di Sarawak tentang proses urusan seperti pembaharuan lesen atau cukai jalan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri.

Bertindak atas aduan yang diterima dari orang awam, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin mencadangkan penubuhan program jangkauan bagi membantu penduduk luar bandar untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah dan selamat, lapor The Borneo Post.

Cadangan itu dibuat semasa lawatan beliau ke JPJ Miri baru-baru ini untuk memantau operasi kaunter di jabatan itu yang dikatakan perlahan dan sangat sesak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar 01

“Menerusi program jangkauan, JPJ Miri boleh menubuhkan kaunter bergerak di pelbagai pejabat daerah di kawasan luar bandar seperti Subis, Marudi, Beluru, dan Telang Usan.

“Dengan adanya kaunter bergerak ini, penduduk luar bandar tidak perlu membuat perjalanan jauh ke Miri hanya untuk memperbaharui lesen memandu mereka dan langkah ini juga boleh mengurangkan kesesakan di JPJ Miri,” kata beliau.

Ketua JPJ Miri, Maya Morshidi memberitahu Lee yang kesesakan itu disebabkan oleh kapasiti terhad di setiap kaunter kerana hanya lima kaunter beroperasi termasuklah satu kaunter khas untuk pendaftaran kenderaan berkumpulan oleh ejen-ejen.

Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar 02

Tambahan pula, masa operasi untuk transaksi tunai dijadualkan bermula dari 9 pagi hingga 11 pagi sahaja bagi mematuhi masa kutipan wang tunai ditetapkan oleh bank. Transaksi atas-talian atau e-bayaran masih boleh dibuat selepas 11 pagi sehingga 4 petang.

Kaunter JPJ di Pusat Transformasi Urban (UTC) Miri pula hanya untuk transaksi atas-talian semasa waktu bekerja iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar 03

Kaunter JPJ UTC Miri

Susulan itu, Lee menggesa pihak bank untuk mempertimbangkan lanjutan masa kutipan tunai untuk JPJ Miri.

Selain itu, Maya menambah sambungan internet yang tidak stabil di jabatan itu juga memperlahankan lagi proses urusan di kaunter jabatan seliaannya. Beliau diberitahu untuk menyelesaikan masalah sambungan internet ini bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan di kaunter.

Sumber: The Borneo Post

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda