Mercedes-Benz 190E - popular di Malaysia, 3 sebab kenapa anda patut beli model klasik ini!

Kalau anda perasan, banyak kereta-kereta lama kini sedang meningkat naik dalam nilai. Ini kerana kereta-kereta sebegini menawarkan pelbagai jenis daya tarikan yang tidak ditawarkan oleh kereta moden yang sarat dengan teknologi dan cip elektronik.

Sebagai seorang peminat kereta lama/klasik, saya boleh rumuskan beberapa sebab lain, antaranya:

  • Pengalaman pemanduan yang lebih ā€˜rawā€™ dan juga ā€˜direct'
  • Reka bentuk yang unik dan klasik, tidak terbatas oleh kekangan keselamatan yang ketara

  • Faktor nostalgia, seperti kereta idaman pada kecil, kereta yang dipandu oleh ahli keluarga dan sebagainya
  • Mempunyai jiwa dan karakter tersendiri, rasa seperti bernyawa dan hidup
  • Kebanyakan kereta lama ā€˜over engineeredā€™, ringkas untuk dijaga, dan tahan lasak

Salah satu model kereta lama/klasik yang dikenali dan diminati ramai adalah Mercedes-Benz 190E (W201). Kalau tengok reka bentuk petak kereta ini, anda pasti tak percaya yang ia dikeluarkan pada tahun 1982.

Pada masa itu, pengeluar kereta mementingkan nilai dan emosi produk mereka, bukan setakat fokus kepada keuntungan sahaja. Kalau anda nak tahun? Mercedes-Benz membelanjakan lebih RM 3.5 billion untuk mengembangkan model ini!

Petak itu indah.

Zaman sekarang? Tak ada dah model Mercedes-Benz mahupun jenama kereta lain yang dikembangkan dengan sebegini rupa. Bagi mana yang berminat nak beli, mari kami huraikan kenapa!

1. Masih lagi nampak ā€˜timelessā€™ dan unik

Agak jarang sebenarnya untuk melihat model 190E berbanding E-Class W124 (salah satu legenda juga), tetapi bila anda ternampak satu di jalan raya, ā€˜confirmā€™ anda akan rasa kagum dengan reka bentuk petak serta nostalgia yang ada pada model ini.

Reka bentuk oleh Bruno Sacco (yang juga terlibat dengan E-Class W124) ini boleh dikatakan ā€˜spot-onā€™. Untuk percubaan kali pertama Mercedes-Benz dalam sports sedan kompak, ini adalah amat luar biasa sekali.

Bonet depan yang panjang dan bahagian belakang yang pendek - perkadaran klasik sebuah sedan sports.

Bermula dengan resipi klasik bonet depan yang panjang dan bahagian belakang yang pendek ala sportscar, ditambah pula dengan beberapa sentuhan yang membuatkannya sasa, memang anda boleh tahu yang sedan ini adalah Mercedes-Benz.

Versi standard tanpa fender serta bampar yang lebih lebar pun nampak cantik. Malah bagi saya, ianya nampak lagi segak berbanding pesaing rapatnya, BMW 3 Series E30.

Semestinya, versi 16V (atau dikenali sebagai Cosworth) dan juga Evolution 1 serta 2 nampak lebih menggiurkan, memberi aura yang berlainan kepada sedan kompak ini.

Ini sebelum kit badan 'Rocket Bunny' wujud. Bezanya, semua ini berfungsi.

Walaupun varian 16V nampak lebih agresif, tetapi varian Evolution II yang merubah segalanya. Ketua penyelidikan dan pengembangan BMW pada masa itu, Wolfgang Reitzle, berkata, "Undang-undang aerodinamik mesti berbeza antara Munich dan Stuttgart. Jika sayap belakang itu berfungsi, kita harus reka semula terowong angin kita."

Dua kereta berlegenda daripada Jerman. Imej dari Motortrend.

Ternyata Mercedes-Benz berjaya, dan BMW benar-benar merubah bentuk terowong angin mereka.

2. Talaan casis dan suspensi yang maju untuk era tersebut

Seksinya...

Seperti Mercedes-Benz E-Class W124, 190E W201 terlalu banyak direkayasa (over-engineered) dari segi trenkuasa dan juga suspensi. Ini membuka peluang untuk Mercedes-Benz mengembangkan 190E untuk kegunaan sukan permotoran.

Juga baca: Mercedes-Benz E-Class W124 ā€“ kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan

Dari varias aras mula sehinggalah Evolution II, 190E menggunakan suspensi multilink yang agak sofistikated pada awal 80an.

Pada ketika itu kebanyakan kereta lain masih lagi menggunakan gandar belakang 'solid' ataupun strut MacPherson, jadi ini memberi banyak kelebihan kepada dinamik pemanduan 190E.

Dari kiri ke kanan: Cosworth 16v, Evo I dan Evo II

Varian 16V dan Evolution mengambil segala aspek yang hebat pada 190E standard dan menaik taraf ke tahap tertinggi untuk kegunaan sukan permotoran dan juga mencipta sports sedan yang sebenar.

Dengan enjin yang dinaik taraf oleh Cosworth, aerodinamik yang direka dalam terowong angin, transmisi manual ā€˜doglegā€™ (tolak kiri dan kebawah untuk masuk ke gear 1) ā€“ ini meletakkan 190E sebagai salah satu legasi terhebat oleh Mercedes-Benz.

Enjin Cosworth 190E
Model (Silinder) Kuasa Injap/Silinder Suntikan
2.3-16 (4) 188 PS, 236 Nm 4 Inj
2.5-16 (4) 204 PS, 240 Nm 4 Inj
Evolution I (4) 205 PS, 240 Nm 4 Inj
Evolution I 
PowerPack (4)
235 PS, 245 Nm 4 Inj
Evolution II (4) 235 PS, 245 Nm 4 Inj

Hasilnya? 190E yang direkaya dengan enjin Cosworth telah ditakdirkan untuk memenangi perlumbaan. Ayrton Senna, antara legenda dalam Formula Satu memenangi NĆ¼rburgring Race of Champions 1984 pada tahun dengan 190E 2.3-16.

Kejayaan demi kejayaan juga mengikuti model Evolution di DTM (Deutsche Tourenwagen Masters, siri perlumbaan di Jerman) yang memuncak pada 1992 Driverā€™s and Constructors Championship.

3. ā€˜Maintenanceā€™ tak terlalu mahal

Di Malaysia, 190E dengan enjin Cosworth teramat jarang sekali untuk dilihat, termasuklah model Evolution I dan Evolution II. Model Evolution I dan II juga hanya dibina untuk pemanduan sebelah kiri sahaja, jika anda terjumpa versi pemanduan sebelah kanan, ini mungkin adalah replika.

Untuk model 190E bukan Cosworth, keseluruhan siri enjin untuk model ini terdiri daripada keluarga M102 (4-silinder) dan M103 (6-silinder), dengan 2 injap setiap silinder. Bercakap sekali lagi dengan pakar Mercedes-Benz, Jason dari JW Performance, ini antara permasalahan yang biasa dengan 190E.

Dari segi mekanikal, enjin dan transmisi 190E sama dengan E-Class W124. Ini bermakna ia tahan lama serta lasak. Apa yang perlu diberi perhatian di bahagian enjin adalah 'fuel delivery accumulator' (RM 900) dan 'fuel delivery divider' (RM 1,600). Apabila ia gagal, susah nak hidupkan enjin.

Juga baca: Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja?

'Differential' belakang juga boleh haus dan menyebabkan bunyi dan getaran yang melampau. Harga untuk menggantikan 'differential' ini adalah sekitar RM 1,000.

Jaga-jaga 'differential' anda.

Seperti mana kereta pada era ini, keseluruhan sistem suspensi perlu diberi penyegaran semula (refresh). Anda bernasib baik jika pemilik kereta sebelum ini telah selesai memberi penyegaran semula pada sistem suspensi.

Jika tidak, penyegaran semula sistem suspensi yang merangkumi penyerap hentak, tapak penyerap hentak, ā€˜linkā€™, ā€˜bushingā€™, serta spring gegelung kereta adalah sekitar RM 10,000.

Selain itu, walaupun anda masih dapat mencari 190E dengan interior yang cantik, kemungkinan besar anda perlu mengeluarkan bajet untuk pembaikan sepenuhnya. Ini merangkumi kain bumbung, papan pemuka, tempat duduk, dan kad pintu. Bersedia untuk membelanjakan kira-kira RM 8,000.

Kos Penjagaan 190E
Barang Harga
Fuel delivery accumulator RM 900
Fuel delivery divider RM 1,600
Differential belakang RM 1,000
Penyegaran semula sistem suspensi RM 10,000
Penyegaran semula interior RM 8,000

Konklusi

Imej daripada Curb Side Classic.

Seperti slogannya ā€“ ā€œThe best or nothingā€, Mercedes-Benz 190E merupakan salah satu produk terbaik yang pernah dikeluarkan oleh syarikat dari Jerman ini.

Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa era sebelum 90an merupakan era terakhir di mana Mercedes-Benz benar-benar menjiwai intipati slogan mereka. Barisan kereta yang dikeluarkan pada masa itu tahan lasak, selesa, dan nampak lain daripada lain.

Jika anda ingin merasa pengalaman pemanduan Mercedes-Benz yang sebenar, model 190E ini amat berbaloi. Ok saya nak pergi tengok laman jualan kejapā€¦belek-belek ada tak 190E murah-murah untuk dijualā€¦

Juga baca: Sejarah Mercedes-Benz 190 E ā€“ Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itā€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itā€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorā€™s Choice Award 2022-2023 for ā€˜Pick-up Truck of the Yearā€™ for the Ranger and ā€˜Car of the Yearā€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatā€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatā€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. ā€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model