window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan

Faisal · Jun 26, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 01

Kereta apa yang akan anda terfikir kalau ditanyakan mengenai Mercedes-Benz yang terbaik? Kalau dari era 80 ke 90-an, anda pasti kenal akan Mercedes-Benz E-Class generasi W124.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 02

Mercedes-Benz 300CE-24 yang pernah dimiliki oleh rakan sekerja di WapCar, Ibrahim.

Setelah memiliki model 300CE-24 dan merasai pelbagai kereta Mercedes yang moden, sukar untuk terima kenyataan bahawa kereta seperti ini tidak lagi dihasilkan.

Tidak dinafikan bahawa kereta Mercedes di alaf baru ternyata lebih berprestasi tinggi dan lebih lincah tetapi jiwa mereka lebih kepada hendak tayangkan teknologi semata-mata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 01

Sejujurnya, kereta Mercedes zaman sekarang seperti kekurangan karakter dan karisma. Jentera Mercedes terdahulu seperti E-Class W124 rasa lebih gah dan solid.

Walaupun reka bentuknya tidak akan mempesonakan ramai, ia tetap tak lapuk dek zaman.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 02

C124 AMG Hammer yang begitu terkenal.

Malah, reka bentuk yang dihasilkan oleh Bruno Sacco ini telah mencipta imej Mercedes-Benz yang begitu ikonik. Antara pendekatan yang beliau gunakan ialah reka bentuk berunsur kotak, garisan yang kemas dan permukaan yang licin.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 03

Pada zaman dahulu, definisi kemewahan buat Mercedes-Benz bukanlah pada tawaran teknologi yang serba canggih. Ia sebenarnya lebih kepada kejuruteraan yang ada disebalik kereta tersebut.

Juga baca10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia

Masuk sahaja ke bahagian dalam, anda akan perasan bahawa pintunya menghasilkan hentakan yang memuaskan apabila ditutup. Pada masa yang sama, segala bunyi dari luar tidak akan kedengaran langsung.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 04

Ditambah pula dengan aroma kayu dan kulitnya, anda akan terus sedar bahawa anda berada dalam sebuah kereta yang cukup istimewa. Malah, tempat duduknya yang empuk juga memberikan pandangan bahawa kereta ini dibangunkan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 05

W201, W124, dan W126; Antara generasi yang dianggap sebagai kemuncak kejuruteraan dan ketahanan Mercedes-Benz.

Memandunya di jalan raya Malaysia yang serba jahanam ini diibarat seperti melalui jalan yang baru sahaja diturap. Inilah bukti betapa hebatnya sistem suspensi pada Mercedes-Benz E-Class W124.

Juga baca5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna

Walaupun trenkuasanya sedikit malas, karakter pemanduannya tetap lancar.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 06

Ambil sahaja selekoh, anda akan perasan bahawa olengan badannya agak ketara tetapi ia tetap rasa tegap.

Senang cerita, Mercedes-Benz E-Class W124 adalah kereta yang begitu meyakinkan tidak kisahlah anda memandunya dengan apa cara sekalipun.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 07

Kalau diikutkan, jentera ini sudah berusia 30 tahun. Walaupun sudah lama, masih ada yang menggunakannya sehingga ke hari ini.

Mercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan 08

Secara umumnya, Mercedes W124 dibina untuk bertahan sepanjang zaman tetapi ia tidaklah setahan kereta-kereta Jepun. Tahap kejuruteraannya yang luar biasa sebenarnya boleh mencekik darah. Misalnya, control arm belakang untuk setiap roda sahaja sudah ada empat.

Apapun, membela sebuah W124 bukanlah susah. Alat gantinya banyak dan mudah untuk dapat di mana-mana (kecuali bahagian interior). Kalau anda minat untuk jadi mekanik sendiri, jentera ini cukup mudah untuk diselenggarakan kerana ruang di bahagian enjinnya sangat luas. Jadi, mudah untuk anda capai sesuatu komponen.

Buat anda yang berminat, terdapat ramai pemilik dan pakar E-Class W124 yang aktif di Facebook dan juga forum. Kalau anda tanya pengalaman mereka sendiri, pasti anda terpegun dengan Mercedes yang hebat ini. Silap haribulan, ia boleh menjadi pembelian kereta yang paling emosi buat anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda