window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja?

Faisal · Jul 4, 2021 08:00 PM

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 01

Masterpiece. Itulah nama yang diguna pada Mercedes-Benz E-Class generasi W124 (1985 – 1996). Kalau diterjemahkan, ia membawa maksud ‘karya agung’. Hakikatnya, sedan eksekutif ini sememangnya antara karya yang paling agung dari Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 02

Kalau anda nak tahu, ia dicipta di era kegemilangan Mercedes-Benz yang mana setiap kereta mereka mempunyai mutu binaan yang solid, keselesaan yang luar biasa, dan enjin yang begitu lancar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada berapa varian? Yang mana terbaik?

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 01

Enjin M102 2.3L 4 silinder.

Sepanjang produksinya, E-Class W124 ditawarkan dengan enjin 2.0L 4 silinder sehinggalah ke enjin 3.0L 6 silinder sebaris.

Enjin E-Class W124 E-Class
Model (Silinder) Output (kuasa, tork) Injap setiap silinder Sistem bahan api
200 (I4) 105 PS, 160 Nm 2 Karburetor
200E (I4) 118 PS, 172 Nm 2 Fuel injection
220E/
E220 (I4)
150 PS, 210 Nm 4 Fuel injection
230E (I4) 132 PS, 198 Nm 2 Fuel injection
260E (I6) 170 PS, 240 Nm 2 Fuel injection
280E/
E280 (I6)
197 PS, 270 Nm 4 Fuel injection
300E (I6) 188 PS, 260 Nm 2 Fuel injection
300E-24 (I6) 220 PS, 265 Nm 4 Fuel injection

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 02

230E pra-facelift.

Melihat kepada rajah di atas, keluaran awal buat model 2.0L 4 silinder (1985 – 1990) menggunakan sistem bahan api jenis karburetor. Model 4 silinder yang dikeluarkan kemudian (2.0L – 2.3L) pula bukan setakat datang dengan fuel injection (ada huruf E di hujung, seperti 230E), bahkan jumlah injap untuk setiap silinder juga ditambah kepada empat.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 03

Dari segi transmisi, E-Class W124 hadir dengan pilihan kotak gear manual 5 kelajuan (susah nak jumpa) dan automatik 4 kelajuan (transmisi automatik terhebat di zamannya). Sesetengah model juga mempunyai ciri tambahan seperti bumbung suria, kawalan pelayaran, dan beg udara.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 04

Model facelift tampil dengan lampu isyarat lut sinar, dan logo Mercedes yang dipisahkan dari bahagian gril.

Sepanjang keluarannya, E-Class W124 terbahagi kepada model pra-facelift (1985 – 1993) dan facelift (1993 – 1996). Model facelift dikenal pasti oleh huruf E yang dipindah ke depan (300E kepada E300). Secara umumnya, model facelift tampil dengan gaya yang lebih kemas dam enjin yang lebih moden (2 injap kepada 4 injap untuk setiap silinder).

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 05

Kalau roadtax tidak menjadi masalah, anda wajib beli model yang berenjin 6 silinder. Maklumlah, sedan eksekutif yang berkualiti seperti ini lebih lengkap sekiranya dipadankan dengan enjin yang lebih lazat. Untuk pengetahuan anda, enjin M103 2.6L 6 silinder yang paling kecil itupun sudah cukup mengasyikkan.

Apa yang perlu diperiksa – enjin dan transmisi

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 06

Enjin M103 2.6L 6 silinder sebaris.

Untuk maklumat yang paling tepat, kami telah merujuk pakar buat jentera ini iaitu Encik Jason dari JW Performance. Menurut beliau, trenkuasa yang diguna pada E-Class W124 sebenarnya cukup tahan. Jadi, tidak hairanlah kalau ia masih berfungsi dengan baik walaupun sudah berjalan lebih dari 200,000 km.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 07

Differential yang boleh haus apabila tiba masanya.

Apapun, pastikan differential yang memandu roda belakang tidak haus. Kalau tak, ia akan menghasilkan gegaran dan bunyi seperti merengek. Sekiranya perlu ditukar, differential yang diperakui semula (reconditioned) memakan kos dalam lingkungan RM 1,000.

Apa yang perlu diperiksa – suspensi

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 08

Menurut Jason, suspensi E-Class W124 tidak mempunyai sebarang isu. Cumanya, anda digalakkan periksa kehausan mounting, bushing, dan damper yang bocor. Apapun, komponen-komponen ini berkemungkinan sudah ditukar oleh pemilik terdahulu kalau diikutkan dengan usia kereta ini sendiri. Untuk set suspensi yang penuh termasuk damper, bushing dan mounting, kos yang perlu dibelanjakan tidaklah melebihi RM 10,000.

Apa yang perlu diperiksa – interior

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 09

Solid macam peti besi.

Dengan usianya, tidak hairanlah kalau anda jumpa unit yang mempunyai bahagian dalam yang rapuh seperti papan pemuka yang sudah retak. Menurut Jason, papan pemuka dan tempat duduk boleh diganti oleh unit half-cut sekiranya ia sudah tidak boleh dibaiki semula. Apapun, harganya bergantung pada penjual tersebut.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 10

Kalau anda betul-betul nak tukar semuanya termasuklah siling dan permukaan pintu, kos yang diperlukan boleh mencecah RM 8,000.

Kos pemulihan W124 
Perkara Harga (termasuk upah)
Penggantian differential belakang RM 1,000
Set pemulihan suspensi RM 10,000
Set pemulihan interior RM 8,000

Konklusi

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 11

Bagi kami, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Mercedes-Benz E-Class generasi W124 adalah antara ciptaan yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman” dalam industri ini. Malah sehingga hari ini, reka bentuk oleh Bruno Sacco yang ada pada E-Class W124 tetap menonjol dengan gahnya walaupun sudah berusia lebih dari 30 tahun.

Mercedes-Benz E-Class W124 terpakai - serendah RM 5k, baloi beli ke tengok saja? 12

Kalau anda jumpa unit yang berharga murah, ia pasti memerlukan satu bentuk perhatian, perbelanjaan, dan masa untuk dipulihkan. Tetapi perjalanan untuk melihat hasilnya boleh membuatkan anda rasa teruja yang sangat luar biasa.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda