Gara-gara hutang Ah Long yang mencecah RM 500,000, dua rakan berusia 36 tahun bertindak membakar ketiga-tiga kereta milik sendiri demi membuat tuntutan insurans yang bernilai RM 250,000.
Suspek pertama yang membuat laporan polis pada 13 September lalu mendakwa kereta Bentley Continental GT miliknya terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Melaka.
Polis kemudian menerima laporan dari individu lain mengenai kebakaran kereta sendiri jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.
Apabila tiba ke lokasi kejadian, timbul pula keraguan mengenai kebakaran ketiga-tiga kereta tersebut.
Menariknya, kedua-dua suspek didapati ada rekod jenayah lampau yang melibatkan kes khianat dengan api, samun, curi dan dadah.
Buat masa ini, suspek masih direman dan kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan juga telah dilengkapkan untuk dihantar ke Timbahan Pendakwan Raya.
Sumber: Utusan Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}