Pengedar Mercedes-Benz di Indonesia, PT Mercedes-Benz Distribution Indonesia (MBDI) baru sahaja mengesahkan bahawa Mercedes-Benz EQS akan diperkenalkan ke sana pada tahun 2022.
Apapun, laporan rakan Autofun.co.id kami ini menjelaskan bahawa CEO MBDI tidak memberitahu sama ada ia akan dipasang lokal (CKD) atau diimport (CBU).
Buat masa ini, terdapat beberapa model Mercedes-Benz yang dipasang di kilang Wannaherang, Jawa Barat. Antaranya seperti A-Class Sedan (termasuk A35 AMG Sedan), E-Class, S-Class, GLA (termasuk GLA 35 AMG), GLC, GLE dan GLS.
Juga baca: Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi?
Untuk rantau ASEAN, Thailand akan melancarkan EQS pada akhir tahun ini. Malah, mereka mungkin negara luar Jerman pertama yang akan memasang EQS.
Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz AG telah melabur lebih dari 100 juta Euro (~RM 495 juta) untuk pembangunan kilang bateri mereka di Thailand. Menariknya, ia salah satu daripada 7 kilang Daimler di seluruh dunia. Kilang bateri yang terletak di Bangkok ini merupakan usaha sama antara Mercedes-Benz AG, Thonburi Automotive Assembly Plant (TAAP) dan Thonburi Energy Storage Systems (TESM).
Secara amnya, Mercedes-Benz EQS hadir dengan varian 450+ dan 580 4Matic. Perbezaannya boleh dilihat dalam rajah di bawah:
Varian Mercedes-Benz EQS | ||
---|---|---|
Mercedes EQS 450+ | Mercedes EQS 580 4Matic | |
Output maksimum (PS) | 333 | 523 |
Tork maksimum (Nm) | 568 | 855 |
0-100 km/j (saat) | 6.2 | 4.3 |
Pacuan | RWD | AWD |
Kapasiti bateri (kWj) | 107.8 | 107.8 |
Pengecasan AC (Standard) (kW) | 11 | 11 |
Pengecasan AC ke 100% (11 kW) (jam) | 10 | 10 |
Pengecasan AC (tambahan) (kW) | 22 | 22 |
Pengecasan AC ke 100% (22 kW) (jam) | 5 | 5 |
Pengecasan pantas DC (kW) | 200 | 200 |
Pengecasan DC ke 80% (minit) | 31 | 31 |
Malaysia pula nampaknya perlu menunggu sampai entah bila kerana belum ada lagi perkabaran mengenai ketibaan EQS ke pasaran kita. Pelancaran terakhir yang Mercedes-Benz Malaysia (MBM) langsungkan adalah model CKD (dari Pekan, Pahang) untuk A-Class Sedan dan GLA.
Juga baca:
Mercedes-Benz GLA CKD di Malaysia kini rasmi – GLA 200 & GLA 250, bermula RM 232k
Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}