Pengecualian / diskaun cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kereta baharu di Malaysia akan berakhir pada 31 Disember 2021. Jadi sekiranya anda mahu membeli unit baru khususnya Honda, pastikan ia didaftarkan sebelum tarikh tersebut supaya anda tidak terlepas untuk menikmati tawaran ini.
Juga baca: MAA mohon kerajaan lanjutkan tempoh pengecualian cukai SST 6 bulan lagi!
Bagi anda yang belum tahu, kereta yang dipasang lokal (CKD) dikecualikan cukai SST sepenuhnya. SST untuk kereta yang diimport (CBU) pula menerima diskaun sebanyak 50%.
Menurut sumber yang sahih, mereka yang membeli Honda City dan Honda HR-V boleh menerima kereta sebelum 31 Disember ini.
Tempoh menunggu untuk Honda BR-V dan Honda Accord juga tidak lama langsung.
Menurut pengedar Toyota, pembeli Toyota Corolla Cross juga tidak perlu menunggu lama dan boleh dapat kereta mereka sebelum 31 Disember 2021.
Walaupun bagaimanapun, Proton sedikit lain. Tempoh menunggu untuk Proton X70 sebenarnya mencecah dua ke tiga bulan. Begitu juga dengan Proton X50 yang mana pelanggan perlu menunggu sehingga lima ke enam bulan.
Juga baca: Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}