Nak rentas negeri? JANGAN guna kawalan pelayaran adaptif (ACC) tanpa faham 9 batas ini!

Honda City RS e:HEV datang dengan Sensing, termasuk kawalan pelayaran adaptif.

Kalau anda perasan, kawalan pelayaran adaptif (ACC) merupakan ciri yang kian diterapkan pada kereta-kereta zaman sekarang. Ciri ini dahulunya terdapat pada kereta mewah sahaja tetapi kini, Perodua Ativa, Proton X50 mahupun Honda City pun sudah ada.

Bagi anda yang belum tahu, ACC juga sama seperti kawalan pelayaran (cruise control) tetapi ia jauh lebih canggih. Sebelum ini, cruise control hanya mengawal input minyak untuk mengekal kelajuan yang anda tetapkan. ACC pula lebih hebat kerana brek juga termasuk dalam kawalannya.

Malah, ACC yang ada pada Proton X50, Toyota Corolla Altis, Honda Civic, Honda Accord dan CR-V didatangkan sekali dengan fungsi Stop & Go. Melalui teknologi ini, kereta anda dengan sendirinya boleh perlahan sehingga berhenti sepenuhnya. Kemudian dengan hanya menekan butang azimat, kereta anda akan kembali memandu apabila kenderaan di depan mula bergerak.

Kiranya, kereta anda boleh merangkak dalam trafik tanpa sebarang input dari pemandu. Secara tidak langsung, memandu tidak rasa meletihkan.

Dengan zaman media seperti Youtube dan laman-laman sosial, anda mungkin lebih cenderung untuk melihat video berbanding membaca buku manual kenderaan. Di sinilah pengguna tidak dimaklumkan mengenai batasan yang ada dalam fungsi ACC.

Pertama sekali, adalah penting untuk anda faham bahawa ACC dan sistem bantuan keselamatan (ADAS) yang lain hanyalah sebagai sokongan, bukannya pemandu kedua buat kereta anda.

Sekiranya ia gagal berfungsi dan anda terlibat dalam kemalangan, anda tidak boleh menyalahkan pengeluar kerana batasan teknologi ini sudah dimaklumkan dengan jelasnya pada buku manual kenderaan.

Smart Drive Assist pada Perodua Ativa. Banyak amaran sudah diberi tetapi adakah pemilik akan baca semua ini?

Jadi sebelum anda masuk ke lebuhraya dan hidupkan ciri ACC, pastikan anda tahu akan batas dan kemampuannya.

Untuk makluman anda, komputer sememangnya cekap dan laju dalam melakukan kerja proses. Ia boleh mengesan bahaya dengan membuat pengiraan yang cukup pantas berdasarkan maklumat dari kamera stereoskopik dan radar gelombang. Tidak cukup dengan itu, ia juga sentiasa mengira jarak pemberhentian kenderaan.

Apapun, komputer juga boleh menjadi buntu dalam menjangka ancaman bahaya. Inilah antara aspek yang mana manusia lebih hebat dalam bertindak mengikut persekitaran.

Secara teknikal, pemandu yang cekap boleh mengesan sesuatu yang tidak betul pada kenderaan di hadapan dengan hanya melihat dan memerhati.

Misalnya seperti adakah pemandu di depan sedang bermain telefon? Adakah jalan di depan ada lubang? Langit gelap, kereta bertentangan nampak basah, pengelap cermin mereka pun dihidupkan. Adakah hujan lebat menanti?

Mengenai teknologi ACC, perisian buat pengesan imej yang diguna pada kereta hari ini masih tidak dapat membezakan papan tanda dan penunggang motosikal, lori treler yang kecil, ataupun dimana jalan akan mati.

Pernah tak anda terfikir kenapa brek kecemasan autonomi (AEB) sukar untuk mengesan pejalan kaki terutama kanak-kanak? Kalau anda nak tahu, hal ini sebenarnya berkait rapat dengan pergerakan mereka yang tidak menentu. Malah, saiz fizikal mereka yang kecil juga menyukarkan fungsi perisian imej daripada mengesan anggota manusia seperti kaki dan lengan.

Ada sebab kenapa patung ini kena ada kaki dan lengan yang bergerak.

Kalau difikirkan semula, bagaimana kereta nak tahu bila hendak brek untuk kanak-kanak ataupun bila nak endahkan gambar pada papan iklan? Bagaimana pula dengan beg plastik yang melayang-layang? Perkara ini sebenarnya bergantung rapat dengan anggaran pergerakan.

Setiap kali manusia berjalan, lengan dan kaki kita bergerak secara seragam dan boleh diramal. Disebabkan inilah ujian AEB sering menggunakan patung yang ada lengan dan kaki yang bergerak. Kalaulah patung tersebut sebuah kadbod yang muncul tiba-tiba di tengah jalan, kereta tersebut pasti akan gagal dalam ujian tersebut.

Pergerakan kanak-kanak sewaktu berjalan, terutama kaki dan lengan mereka pula sukar untuk diramal tetapi manusia sendiri boleh mengesan kanak-kanak yang lompat secara tiba-tiba dan terus menekan brek. Sebenarnya, manusia boleh bertindak jauh lebih baik.

Ada AEB pun tiada beza untuk situasi seperti ini.

Antaranya seperti pergerakan kaki di bawah kereta, ada tak kanak-kanak di sebalik belakang kereta? Adakah lebih masuk akal untuk jauh sedikit daripada kereta yang telah diparkir ataupun di kaki lima? Untuk perkara sebegini, hanya akal manusia sahaja yang boleh fikir. Komputer, sudah pastinya tidak.

Umumnya, ADAS tidaklah sehebat yang ramai sangka. Ia sememangnya satu ciri yang berguna dan bermanfaat tetapi disiplin pemandu sebenarnya memainkan peranan yang lebih besar.

Intipatinya di sini ialah komputer cukup pantas tetapi tidak matang. Manusia pula perlahan tetapi waras.

Inilah sebabnya kenapa setiap buku manual kereta datang dengan penjelasan yang terperinci mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat sewaktu menggunakan ciri ACC.

Proton X50 varian 1.5 TGDI pula misalnya datang dengan ACC serta Intelligent Cruise Control (ICC). Bunyinya agak mengelirukan tetapi ia sebenarnya sebuah ACC tetapi dengan bantuan stereng. Secara teknikal, sterengnya akan mengekalkan kereta dalam lorong. Untuk pemanduan jarak jauh, ciri ini sememangnya cukup melegakan.

Buku manual Proton X50.

Dalam buku manual Proton X50, terdapat 6 muka surat dimana ia menerangkan bila anda tidak patut menggunakan ciri ICC.

Antaranya seperti:

1. Pemandu harus sentiasa berada dalam kawalan.

2. Sewaktu menggunakan ACC, pemandu perlu menitikberatkan perubahan cuaca, trafik dan keadaan jalan. Jangan gunakan ACC kecuali pada siang hari dan cuaca yang kering.

3. ACC tidak boleh berfungsi dengan baik dalam cuaca yang buruk, ketika penglihatan menjadi terhad (malam), sewaktu pencahayaan berubah secara tiba-tiba (keluar masuk terowong), ataupun sekiranya ada kekotoran pada bahagian kamera dan radar.

4. ACC tidak boleh mengesan objek kecil seperti motosikal atau basikal, ataupun kenderaan berbentuk pelik seperti treler, trak ataupun yang ada kargo tambahan.

Bahagian belakang trak sebegini agak kecil untuk ACC mengesan.

5. ACC hanya berfungsi pada jalan yang lurus. Untuk jalan jenis selekoh, kamera tidak boleh dilaras untuk melihat lebih daripada apa yang ada di hadapannya. Jadi, tidak mustahil sekiranya kereta boleh memecut dengan sendirinya sewaktu melalui selekoh. Sesetengah jenama mendakwa ACC mereka boleh berfungsi dengan baik walaupun ketika selekoh tetapi pengalaman realiti kami mendapati bahawa hanya selekoh yang sederhana sahaja ia mampu.

Amaran buat ACC Perodua Ativa.

6. ACC tidak boleh mengesan palang tol ataupun objek pegun (AEB hanya respon terhadap objek keluli besar seperti kereta atau pelintas jalan ataupun binatang).

7. Sekiranya anda menaiki bukit ataupun menurun bukit, kamera mungkin mengesan langit ataupun tanah, bukannnya kereta di hadapan.

8. Sekiranya kenderaan di depan terlalu besar dan berwarna lebih kurang sama dengan latar belakang, komputer mungkin tidak dapat mengesannya sebagai sebuah kereta (cukup membahayakan).

Honda Sensing, garisan putih akan tertera apabila ia dikesan.

9. Untuk berfungsi dengan baik, ACC dan ciri sokongan seperti Lane Keep Assistance memerlukan garisan jalan yang jelas. Di Malaysia, garisan jalan boleh hilang secara tiba-tiba. Komputer pula tidak boleh menyesuaikan dengan perubahan sebegitu. Jadi, pemandu digalakkan untuk betul-betul tumpukan perhatian.

Dari buku manual Perodua Ativa.

Secara keseluruhan, pengeluar menggunakan nama pemasaran yang berbeza untuk ACC mereka. Tidak kisahlah Smart Drive Assist (Perodua Ativa), Toyota Safety Sense (Dynamic Radar Cruise Control), Honda Sensing (ACC dengan Low Speed Follow), Subaru EyeSight ataupun Volvo Pilot Assist, kesemua sistem menjelaskan amaran dan batasan yang serupa dalam buku panduan masing-masing.

Juga bacaPerodua Ativa (D55L) dengan ASA 3.0 - 'standby' tengok pemilik bodoh 'try' fungsinya sampai ter-over

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Yaris

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model