2022 Hyundai Creta facelift rasmi dari RM 82k, bakal ganti Hyundai Kona di Malaysia?

Hyundai Motors Indonesia secara rasminya telah melancarkan 2022 Hyundai Creta facelift. SUV ini telah diacah berkali-kali sebelum ini dan dikatakan bakal menggantikan Hyundai Kona untuk pasaran membangun. Hal ini bermakna, Malaysia berkemungkinan besar dalam perancangan untuk penjualan model ini.

Pilihan enjin untuk 2022 Hyundai Creta facelift terhad kepada enjin 4-silinder 1.5 liter NA Smartstream G MPi yang dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik CVT dari Hyundai, yang dikenali sebagai iVT. Spesifikasi trenkuasa ini mampu menghamburkan sebanyak 114 PS kuasa kuda dan 144 Nm tork. 

Rekaan Hyundai Creta nampak seperti sebuah ‘Hyundai Tucson mini’. Hal ini berikutan daripada penggunaan gril Parametric - rekaan tandatangan Hyundai - yang diselarikan dengan lampu siang DRL. Lampu hadapan pula terletak pada bahagian yang kelihatan seperti perumah lampu kabus, bagi memberikan nyalaan jalan yang lebih baik.

Baca: 2021 Hyundai Tucson adalah SUV premium terbaik yang boleh anda beli sekarang

Dari bahagian sisi, ia membawakan garis badan SUV konvensional namun tiang-A diwarnakan hitam gelap dengan struktur bumbung yang menonjol dari arah belakang. Ia kelihatan seperti sebuah kenderaan yang ‘berteduh’ dengan garis tingkap berwarna hitam.

Kesemua ini dilengkapkan oleh rim 17-inci dengan rekaan jejari Y yang bergaya. Terdapat 4 varian yang ditawarkan iaitu (mengikut susunan varian rendah ke tinggi):

  • Active
  • Trend
  • Style
  • Prime

Pada bahagian dalam, kabin dilihat sangat berbeza berbanding model segmen sama iaitu Hyundai Kona. Tiada skrin infotainment terapung di sini seperti model Hyundai Kona atau Picanto di Malaysia, malah ia mengenakan skrin yang bersepadu dengan papan pemuka, corong udara bahagian atas yang memberikan suasana yang lebih ringkas.

Kluster meter menggunakan paparan digital penuh 10.25 inci, sementara di konsol tengah terdapat skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio Bose 8 pembesar suara. Kemasan kulit meliputi keseluruhan kabin (varian atas) dengan sedikit aksen lampu ambien pada bahagian papan pemuka dan konsol tengah. 

Dengan corong penyaman udara belakang

Dari segi keselamatan, pakej keselamatan Hyundai Smartsense dilengkapi pada varian tertingga menawarkan suite ADAS yang meliputi fungsi seperti:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Ikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)

Untuk aspek keselamatan standard, 6 beg udara dilengkapi di semua arah termasuklah beg udara sisi dan beg udara tirai. Terdapat brek ABS dengan EBD, bantuan daki bukit HHA dan kawalan cengkaman.

Hyundai Creta dikatakan bakal menggantikan Hyundai Kona di pasaran membangun. Hyundai Kona pula akan kekal dalam pasaran negara maju. Hal ini mirip situasi Honda Jazz - Honda City Hatchback di mana model yang lebih baik dengan rekaan yang lebih sofistikated kurang mendapat sambutan di negara membangun. Faktor harga turut memainkan peranan di sini.

Mampukah kereta pertama Hyundai yang dipasang di Indonesia akan membawa kejayaan di Nusantara? Hyundai telah melabur sekitar USD 1.5 bilion (RM 6.26 bilion) untuk kilang pengeluaran Cikarang yang bakal menyaksikan Indonesia menjadi hab pengeluaran di Asia Tenggara.

Baca: Pelan eksport kereta Malaysia ke Indonesia tergugat dengan Hyundai Creta 7 tempat duduk?

Harga untuk 2022 Hyundai Creta facelift bermula dari IDR 279 juta hingga IDR 399 juta (~RM 82k hingga RM 117k). Adakah Malaysia juga akan menyaksikan sebuah SUV kompak setaraf Honda HR-V pada harga bawah RM 100k? Kemungkinan itu mungkin ada dengan 2022 Hyundai Creta facelift ini.

Kredit gambar: Autofun.id

Baca: Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Hyundai Creta

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Hyundai Creta
Cek Lebih