Namun pihak JPJ telahpun menjelaskan bahawa kehadiran kenderaan jabatan itu hanyalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik.
Menurut Pengarah JPJ Perlis, pihak penganjur meminta bantuan mereka untuk memastikan tiada kesesakan jalan raya yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.
Untuk makluman anda, JPJ Perlis telahpun memecahkan konvoi lebih 50 buah Ford Mustang itu kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 ke 12 buah kenderaan. Setiap kumpulan kecil itu dipandu arah oleh ‘lead car’ JPJ sendiri.
Konvoi tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan mereka memilih jalan yang lebih jauh bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain. Malah, arahan seperti berikan laluan juga tidak dibuat dan undang-undang had laju dan lampu isyarat juga dipatuh seperti biasa.
Untuk pengetahuan anda, pihak JPJ sempat membuat pemeriksaan rambang terhadap modifikasi yang dikenakan oleh para pemilik. Isu panas seperti penggunaan cermin gelap juga tidak dapat dipersoalkan kerana pemilik sememangnya telah mendapat kelulusan di atas faktor keselamatan, kesihatan dan lain-lain.
Sumber: Kosmo
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}