Mamak Talk
Toyota Patents Plans For EV With Manual Transmission And Clutch,these EV conversions are just left in a single gear and no need to use a clutch,Do you think there's room for this
32
Jika anda beranggapan tindakan seorang individu mengiklankan Yamaha 125ZR edisi Movistar miliknya pada harga ratusan ribu ringgit, baru-baru ini sebagai 'gila', apa yang dilakukan oleh individu ini jauh lebih teruk.
Turut berkait dengan Yamaha 125ZR, tetapi apa yang dijual kali ini bukanlah sebuah motosikal.
Juga baca: Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'!
Tetapi ia adalah aksesori yang cukup mudah didapati, dan ada kalanya diberi percuma oleh kebanyakan bengkel motosikal iaitu penutup tiub tayar.
Dan apa yang menyebabkannya ia dilabel sebagai 'tak masuk akal' adalah harga yang ditawarkan untuk sepasang aksesori berkenaan iaitu RM 1,500.
Untuk harga sebegitu, seseorang boleh membeli motosikal terpakai yang berada dalam keadaan sempurna.
Tidak diketahui siapakah penjualnya atau sekadar mencari publisiti murahan, barang jualan itu dijual menerusi hantaran di media sosial Facebook. Sekalipun hantaran sebenar tidak dapat dikesan, imej tangkap layar iklan berkenaan berjaya diperoleh dan tular.
Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!
"Salam, up nalik buyer#Kari. Barang jarang-jarang timbul.Penutup tiub OM 125ZR Tahun 08... RM 1,500. Sesuai untuk restaore full ori#Pemberani. PM. Post disediakan, kos abang bayar."
Dan seperti jangkaan, hantaran itu pantas mendapat kecaman dengan rata-rata warganet mempersoalkan tahap kewarasan atau adakah penjual berkenaan khayal kerana menggunakan bahan terlarang.
Juga baca: Yamaha 125ZR diiklan pada harga RM 95k, siap hashtag #simpanTakRugiJualTakKayo!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3