Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan bekerjasama dalam merealisasikan hasrat untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon di Malaysia. Perkara ini seiring dengan matlamat industri untuk mencapai kadar karbon sifar menjelang tahun 2050.
Antara insiatif yang terbentuk dalam persetujuan di antara dua badan besar di negara kita ini adalah:
Mengenai stesen pengecas EV, ia akan dipasang di R&R terpilih. TNB akan menyediakan bekalan elektrik pada stesen pengecas yang akan dipasang.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, rangkaian stesen pengecas EV ini akan diperbanyakkan bagi memudahkan pemilik kenderaan elektrik dalam merantau atau berjalan jauh tanpa sebarang kerisauan.
Juga baca: Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?
Usaha ini juga dapat menggalakkan penggunaan EV yang mana ia akan memberi keyakinan kepada mereka untuk bergerak dari titik A ke titik B walaupun perlu memandu jauh sekalipun.
Juga baca: Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV
Sistem solar fotovoltaik berkapasiti 360 kWp itu pula buat masa sekarang akan dikhususkan di R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara), iaitu pada bahagian bumbung.
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}