window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV

Faisal · Mar 13, 2022 04:00 PM

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 01

  • Antara kereta elektrik terawal di pasaran Malaysia
  • Legenda EV buatan Jepun pada RM 168.8k
  • Bagaimana pengalaman menggunakan EV secara realistik?

Anda mungkin sudah tahu bahawa kereta elektrik (EV) di Malaysia sekarang dikecualikan 100% daripada sebarang cukai. Kiranya, segala cukai import, eksais dan cukai jalan tidak akan dikira untuk EV.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 02

Antara EV paling murah yang ada di pasaran pula ialah Hyundai Kona Electric dan Nissan Leaf. Jadi untuk kali ini, mari kami ulaskan mengenai Nissan Leaf pula.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 01

Buat masa sekarang, Nissan Leaf ditawarkan pada harga RM 168.800. Tanpa melengahkan masa, inilah ulasan kami menjenai jentera masa hadapan ini.

Juga bacaETCM mengesahkan harga bebas cukai untuk Nissan Leaf adalah RM 169k, langganan pada RM 2.3k sebulan

Eksterior – sebuah Prius yang lebih seksi

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 02

Kalau anda perasan, kereta sport selalunya mendapat perhatian para gadis tetapi Nissan Leaf juga ada tarikan yang sama.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 03

Malah, ia betul-betul nampak seperti sebuah Toyota Prius tetapi jauh lebih seksi.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 04

Salah satu daripada sentuhan unik yang ada ialah tiang C yang dihitamkan dimana ia memberikan ilusi seolah-olah bumbung Nissan Leaf nampak terapung.

Interior – agak konvensional

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 05

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 06

Walaupun eksterior Nissan Leaf begitu moden, bahagian kabinnya nampak cukup konvensional. Menariknya, kualiti interior Nissan Almera lagi tinggi daripada Leaf. Dari segi visual juga, ia nampak seperti dari 10 tahun lepas, terutama pada bahagian infotainment.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 07

Bila kali terakhir anda jumpa pemain CD dalam kereta zaman sekarang?

Berkenaan infotainment ini, sambungan Bluetooth agak sukar untuk dibuat dan kalau berjaya sekalipun, kualiti audio yang dilontarkan tetap mengecewakan. Ia lebih kurang macam audio televisyen petak sebelum zaman LCD.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 08

Ruang but adalah seluas 435 liter.

Lagi satu, EV secara teknikal tidak perlu ada terowong transmisi langsung kerana ia sememangnya tiada enjin mahupun kotak gear. Malangnya, kabin Nissan Leaf tidak menggunakan kesempatan yang ada kerana walaupun brek parkirnya menggunakan jenis electric parking brake (EPB), ruang meletak barang di konsol tengah masih ala kadar sahaja.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 09

Selain itu, larasan sterengnya yang tiada fungsi teleskopik memberikan perasaan seolah-olah memandu sebuah van. Bercakap mengenai ini, tempat duduk belakang juga tiada corong penyaman udara. Untuk kereta yang berharga hampir RM 170k, perkara seperti ini agak mengecewakan.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 10

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 11

Apapun, dari segi ergonomik, kabin Nissan Leaf cukup bagus kerana setiap butang ada di tempat yang sepatutnya dan mudah untuk difahami.

Pengalaman memandu – satu pedal adalah pemanduan masa hadapan

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 12

Kalau anda sudah biasa memandu kereta hibrid plug-in (PHEV), anda pasti sudah jinak dengan permulaan perjalanan yang senyap habis dan jumlah tork yang banyak. Nissan Leaf juga ada kredibiliti yang sama.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 13

Tetapi kalau anda tidak biasa, pasti anda rasa janggal kerana menghidupkan jentera ini tiada bunyi langsung. Sebarang gegaran juga tidak ada. Masuk sahaja ke gear ‘D’, anda akan rasa seperti terapung sekiranya memandu pada kelajuan parkir kerana segalanya rasa cukup ringan dan mudah. Macam kereta mainan pun ada.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 14

Dalam hal ni, perlu kami maklumkan bahawa sterengnya sedikit ringan dan nisbahnya agak perlahan. Disebabkan itu, anda perlu pusing sudut stereng dengan lebih banyak tetapi ia tidak akan meletihkan anda.

Dari segi pemberhentian pula, transisi antara brek regeneratif dan brek sebenar sedikit terkejut. Kadang-kadang, anda perlu menekan brek secara lebih. Kiranya, ia tidak berapa konsisten atau selari dengan input anda.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 15

Untuk pengetahuan anda, Nissan Leaf ada sistem e-Pedal dan anda boleh mengaktifkannya dengan menekan suis pada konsol tengah. Dalam mod ini, kereta akan memperlahan secara sendiri apabila pedal minyak dilepaskan (lampu brek juga akan menyala).

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 16

Dalam kebanyakan situasi, anda kiranya hanya perlu mengawal pemberhentian dengan hanya melepaskan pedal minyak sahaja. Ciri ini betul-betul berguna kalau dalam kesesakan trafik.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 17

Ujian 0-100 km/j and 100-0 km/j. Bacaan terbaik adalah yang berwarna hijau.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati kadar pecutan yang pantas melalui jumlah tork yang ada sepanjang masa. Ia bukanlah macam kereta berprestasi tinggi tetapi sensasi yang dirasai cukup menyeronokkan. Dalam ujian kami, Nissan Leaf boleh memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 8.2 saat sahaja.

Keselesaan perjalanan – bilik kedap bunyi yang boleh bergerak

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 18

Sekiranya interior Nissan Leaf agak mengecewakan, mutu perhalusannya boleh menebus kekurangan tersebut. Secara amnya, kabin Nissan Leaf cukup senyap tetapi ia tidak menghairankan kerana ia mengggunakan motor elektrik. Jadi, memang tiada bunyi lah kan?

Talaan suspensinya pula begitu tepat dan memberikan mutu perjalanan yang cukup menenangkan. Malah, tiada sekalipun ia rasa kasar macam langgar batu walaupun karakternya agak tegap dan keras.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 19

Untuk bahagian tempat duduk pula, ia rasa seperti sofa dan bukan seperti bucket yang betul-betul memeluk anda. Secara amnya, ia cukup selesa dan tiada tekanan kekok yang dapat kami rasai. Menariknya, Nissan tidak memasarkannya sebagai Zero Gravity Seats.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 20

Pada bahagian belakang, tempat duduknya yang lebih tinggi berbanding hadapan membolehkan penumpang nampak ke luar dengan lebih jelas tetapi bagi kami, sudut sandarkan sedikit tegak dan bangkunya sendiri agak pendek. Kesannya, sokongan peha rasa agak kurang.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 21

Dari segi kekedapan bunyi dalam kabin, ia betul-betul senyap. Sebarang getaran dari permukaan jalan juga diserap dengan begitu baik. Senang cerita, pemanduan Nissan Leaf rasa betul-betul menenangkan.

Tahan bunyi dalam kabin Nissan Leaf 2019
60 km/j 56 dB
90 km/j 61 dB
110 km/j 66 dB

Jarak pandu dan tempoh mengecas

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 22

Secara teknikal, Nissan Leaf menggunakan soket mengecas Type 1 untuk pengecasan AC dan ChadeMo untuk pengecasan pantas DC. Tetapi untuk makluman anda, kebanyakan EV dan pusat mengecas di Malaysia menggunakan soket Type 2.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 23

Kiri: CHAdeMO (DC)
Kanan: Type 1 (AC)

Untuk mengecas Nissan Leaf, and sebenarnya perlu ada penyambung Type 1 ke Type 2 supaya masuk dengan plug rumah anda. Apapun, kebanyakan pengecas pantas DC sebenarnya ada kabel CHadeMo, jadi anda tidak perlu risau sangat.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 24

Penyambung Type 1 ke Type 2.

Sepanjang seminggu kami menggunakan Nissan Leaf, jentera ini dapat pergi kira-kira 150 – 180 km dengan satu cas penuh 100% sehingga turun ke 20%. Bacaan dari kluster instrumen sewaktu itu menunjukkan jarak pandu lagi 50 km sebelum bateri habis sepenuhnya. Kiranya, untuk satu cas penuh, anda boleh memandu sehingga 250 km.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 25

Sekiranya anda cas menggunakan pengecas DC 50 kW, iaitu kadar mengecas maksimum untuk Nissan Leaf, mengecas dari 20% - 80% akan mengambil masa sekitar 30 minit. Kalau anda guna plug wallbox di rumah yang berkadar 6.6 kW pula, mengecas penuh untuk Nissan Leaf memerlukan sehingga 7 jam.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 26

Jarak perjalanan bergantung pada cara pemanduan anda.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 27

20-80% mengambil masa 30 minit.

Jadi, untuk penggunaan dalam bandar, jarak pandu yang ditawarkan oleh Nissan Leaf sebenarnya sudah cukup kalau anda tahu mana tempat yang boleh mengecas. Kami sendiri cukup dekat dengan pengecas pantas DC 50 kW di ABB Sunway dan buat masa sekarang, mengecas di sana adalah percuma.

Konklusi

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 28

Kalau diikut dengan harga hampir RM 170k, kabin Nissan Leaf sebenarnya tidak menepati jangkaan. Ia nampak lapuk dan bahan binaan yang diguna rasa seperti segmen bawah.

Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa EV sebenarnya mahal untuk dihasilkan.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 29

Tetapi untuk menyelami dunia elektrik penuh, tiada apa lagi yang mudah untuk difahami selain daripada Nissan Leaf kerana ia cukup convensional. Jadi, anda akan rasa mudah untuk menjinakkan diri dengan karakter kereta elektrik.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 30

Lagi satu, penyelenggaraan sesebuah EV jauh lebih murah berbanding kereta yang berenjin kerana komponen yang digunakan tidak rumit dan jauh lebih ringkas. Malah, pad brek dan cakera pun tidak mudah haus kerana kebanyakan masanya, kereta diperlahankan oleh sistem regeneratif.

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 31

Dari segi infrastruktur mengecas, ia masih dalam pembangunan tetapi sedang giat diusahakan oleh industri, terutama di Lembah Klang. Jadi buat sementara waktu, anda perlu rancang laluan perjalanan anda betul-betul supaya tidak risau dengan jarak pandu yang ditawarkan oleh kereta elektrik. Maklumlah, tempat mengecas masih tidak banyak. Nak banding dengan bilangan stesen minyak, memang langit dan bumi.

Juga bacaTeknologi dan infrastruktur EV jadi fokus MOSTI tahun 2022 ini, EV bakal lebih mesra rakyat?

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 32

Kalau rutin harian anda lebih kepada pergi balik kerja dan ke pasar, kereta elektrik seperti Nissan Leaf sebenarnya agak masuk akal. Jadi, apa kata anda cuba?

Juga bacaRebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV 33

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda