window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Haris Β· Feb 27, 2022 11:59 AM

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 01

  • Varian e-Plus ini adalah varian pertengahan
  • Lebih efisien daripada Nissan Leaf
  • Varian EV ini atau petrol?

Dalam dunia automotif, kereta elektril (EV) mungkin boleh disamakan seperti durian; tarikan yang kuat tapi ada 2 pendapat yang kontras - ada yang membencinya manakala ada yang fanatik mengenainya. Secara peribadi, tanggapan kami terhadap EV, atau durian dalam hal ini, agak neutral.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 02

Tetapi setelah menghabiskan masa selepas beberapa hari dengan Hyundai Kona Electric, kami kini cenderung sedikit terhadap EV. Nak tahu sebabnya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 01

Sekadar rujukan ringkas, terdapat tiga varian tersedia untuk Hyundai Kona Electric yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea iaitu:

  • e-Lite - RM 149,888
  • e-Plus - RM 169,888
  • e-Max - RM 199,888

Apa yang ditawarkan kepada kami untuk pandu uji di sini ialah varian pertengahan e-Plus.

Baca: SAH: Cukai jalan percuma selama 4 tahun untuk EV, dari 1 Jan 2022 – 31 Disember 2025

Rekaan luar – Rupa yang agak jinak

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 02

Maklum balas mengenai reka bentuk Hyundai Kona Electric ini agak menarik. Ada yang mengatakan bahawa ia seolah-olah muka bermata sepet (tiada kena mengena dengan orang Korea) dan beberapa rakan sekerja juga mengatakan bahawa ia kelihatan seperti ikan disebabkan oleh ketiadaan gril hadapan konvensional.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 03

Ketiadaan gril adalah salah satu cara paling mudah untuk mengetahui sama ada ia adalah Hyundai Kona Electric. Malah, penutup soket yang jelas untuk port pengecasan, merupakan satu-satunya masalah pada reka bentuk luaran.

Tiada salahnya hadir dengan reka bentuk yang tersendiri dan unik, tetapi penutup soket itu kelihatan seperti suatu rekaan yang sedikit malas. Hyundai Kona Electric pra-facelift sebenarnya mempunyai rekaan penutup port pengecasan yang lebih bersepadu - tak percaya boleh Google.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 04

Selain itu, Hyundai Kona Electric kelihatan lebih kemas berbanding versi enjin petrol biasa. Tiada lapisan hitam mahupun kit badan N-Line yang agresif, hanya bahagian luar keseluruhan yang kurang sibuk.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 05

Jika anda memerhatikan dengan teliti bahagian bawah SUV ini, anda akan dapat melihat plat perak terbonjol sedikit. Itu adalah pek bateri Hyundai Kona Electric. Sekarang, anda pasti akan 'ternampak' plat perak itu tanpa sedar. Selamat datang ke dunia kami.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 06

Hyundai berkata bahawa jarak kelegaan tanah kini kurang sebanyak kira-kira 1 sentimeter dan plat perak tersebut adalah plat aluminium yang melindungi bateri, jadi pembeli tidak perlu bimbang sekiranya undercarriage tersagat atau apa sahaja mimpi ngeri yang boleh berlaku. Bateri Hyundai Kona Electric ini selamat.

Rekaan dalaman – Tidak sebegitu unik seperti luaran

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 07

Seperti yang dijangkakan, bahagian kabin dalaman Hyundai Kona Electric pada umumnya sama dengan Hyundai Kona biasa. Oleh itu, ia masih merupakan bahagian dalaman yang disusun atur dengan baik, di mana semua butang dan kawalan dibentangkan secara ergonomik.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 08

Kualiti binaan dan pemilihan bahan adalah antara yang terbaik dalam segmennya. Walaupun masih didominasi oleh plastik, ia bukan dari jenis yang kasar/calar dan agak tahan lasak. Bahagian tengah papan pemuka mendapat plastik sentuhan lembut, sekurang-kurangnya cukup untuk memberi perasaan yang bagus.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 09

Unit pandu uji kami datang dengan warna kelabu muda yang agak menarik, yang menaikkan mood kabin yang kelihatan suram. Konsol tengah juga hadir dalam trim perak, unik untuk Kona Electric, memberikan penampilan yang lebih minimalis.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 10

Dengan reka bentuk konsol baharu, terdapat satu lagi tingkat di bawah untuk lebih banyak ruang kecil dan port pengecasan. Ini satu poin bonus untuk praktikaliti konsol tengah bertingkat pada sebuah SUV kompak.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 11

Bagaimana dengan poin negatif? Nah, butang gear shift-by-wire untuk "menukar gear" mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri. Walaupun selepas beberapa hari, kami mendapati bahawa masih perlu menoleh ke butang gear ketika melakukan pusingan tiga penjuru.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 12

Lantai kenderaan terpaksa dinaikkan sedikit disebabkan oleh pek bateri yang dipasang menjejaskan ketinggian tempat duduk di belakang. Oleh itu, tiada ruang yang cukup untuk menggelungsur kaki anda ke bawah tempat duduk hadapan. Tambahan pula, ruang di bahagian belakang tidak begitu luas.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 13

Hyundai berkata ruang but Kona Electric lebih kecil daripada Kona biasa (332 liter vs 361 liter), tetapi ukuran kami menunjukkan angka ukuran yang sama dari segi ketinggian, lebar dan kedalaman.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 14

Malah, tiada sebarang tugas elektrifikasi di bawah lantai but jadi agak pelik untuk mengatakan bahawa Kona Electric mempunyai ruang but yang lebih kecil.

Pengalaman pemanduan – Kena ada harganya

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 15

Seperti kebanyakan EV mahupun PHEV, kemuncak pengalaman pemanduan adalah pada kelajuan rendah. Tiada bunyi, tiada gegaran, hanya kesunyian yang menenangkan hati anda.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 16

Tekan pedal pemecut perlahan-lahan dan Kona EV melonjak ke hadapan dengan tork malarnya (tiada gear, kekuatan tork sama setiap rpm), menelusuri trafik dengan mudah dan tenang. Ketika ini, perasaan pemanduan ini adalah suatu kemewahan dan mungkin tak lama lagi ramai yang akan merasainya apabila EV mula diterima ramai.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 17

Pemanduan ditentukur dengan baik; ia tepat, ringan pada kelajuan rendah dan secara beransur-ansur stabil pada kelajuan yang lebih tinggi. Brek boleh agak sukar untuk dinilai terutamanya dalam keadaan mod regeneratif yang dilakukan secara automatik namun cukup sekadar memberitahu bahawa anda akan membrek dengan yakin.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 18

0-100 km/j dalam 8.78 saat, 100-0 km/j dalam 42.05 m

Terdapat tiga tahap brek regeneratif dari tahap 1 hingga 3, dengan tahap 3 adalah tahap yang paling agresif. Sekiranya anda tertanya-tanya, lampu brek juga menyala pada tahap 2 dan tahap 3. Sistem Hyundai Kona EV ini juga akan memilih tahap regeneratif secara automatik dalam mod pemanduan biasa.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 19

Secara peribadi, kami mendapati bahawa brek regeneratif automatik adalah berlawanan dengan intuisi pemanduan kerana kadar nyahpecutan tidak dapat diramalkan, menjadikannya agak mengecewakan lalu kurang lancar. Jadi apa yang kami lakukan ialah dengan mengekalkannya pada tahap 1 atau 2 untuk pelarasan brek regeneratif yang konsisten.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 20

Tidak seperti Nissan Leaf, tiada mod pemanduan satu pedal justeru brek regeneratif ini tidak akan menghentikan Kona Electric sepenuhnya. Ia akan beransur perlahan tetapi anda perlu memijak brek untuk berhenti pegun.

Mungkin ada yang menggemari cara pemandua ini tetapi setelah berpengalaman memandu mod satu pedal di Nissan Leaf, mempunyai pilihan untuk pemanduan satu pedal terasa lebih menyeronokkan.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 21

Sistem pengesan titik buta pula hadir secara visual dan bunyi, justeru agak menjengkelkan apabila ketiadaan pelarasan untuk mematikan bunyi tersebut. Namun, begitulah ADAS berfungsi dan ia sama ada mematikan kesemuanya atau belajar menerima bunyi-bunyian tersebut.

Keselesaan pemanduan – Lebih terkawal dan matang

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 22

Seperti varian Kona biasa, Kona Electric mempunyai pemanduan yang sedikit pejal. Walau bagaimanapun, redaman terasa ditala lebih baik dan sesuai dengan kadar spring melantun. Dalam keadaan jalan beralun pada kelajuan tinggi, Hyundai Kona biasa akan berayun tetapi Kona Electric menyerap hentak dengan lebih cepat.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 23

Ketidaksempurnaan jalan boleh dirasai hasil daripada kepejalan ini, terutamanya bagi mereka yang duduk di barisan belakang. Tetapi secara peribadi, ia tidak begitu selesa dengan rim 17-inci bersama sidewall yang tebal justeru mengurangkan sedikit kelebihannya.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 24

Tempat duduk agak selesa bagi mereka yang berbadan kecil tetapi individu yang lebih besar mungkin mendapati kekurangan sokongan bahu dan paha.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 25

Sebagai sebuah EV, mungkin anda menjangkakan pengalaman pemanduan yang senyap, tetapi Kona Electric mengalami masalah bunyi tayar. Bunyi tayar ini mungkin berkait dengan jenis tayar yang dipasang kerana varian Kona biasa terasa bebas masalah bunyi tayar ini. Sebagai rujukan, Hyundai Kona Electric menggunakan tayar Nexen Nfera SU1, manakala Hyundai Kona biasa menggunakan Continental UC6.

Di bawah ialah perbandingan tahap hingar Kona biasa dengan Kona Electric:

Tahap bunyi 2022 Hyundai Kona
Varian Kona N-Line Kona Electric
Enjin on, A/C on 43 dB 44 dB
60 km/j 58 dB 59 dB
90 km/j 61 dB 64 dB
110 km/j 66 dB 68 dB

Jarak pemanduan dan pengecasan

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 26

Hyundai Kona Electric menggunakan port pengecasan CCS Combo 2, yang sesuai dengan kebanyakan stesen pengecasan di sini, jadi tidak perlu untuk membeli adapter tambahan.

Baca: Apa itu CHAdeMO dan CCS? Ini semua yang anda perlu tahu mengenai EV!

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 27

Daripada pengecasan 90 peratus kepada 20 peratus, kami berjaya mencatatkan jarak 223 km dengan kelajuan purata kira-kira 42 km/j. Trip komputer terbina dalam pula menunjukkan jarak yang tinggal kira-kira 75 km.

Secara realistik, Kona Electric dengan bateri 39.2-kWj mampu mencapai jarak dunia sebenar sejauh 300 km dengan caj penuh.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 28

Angka ini menjadikan Kona Electric lebih cekap daripada Nissan Leaf dengan bateri berkapasiti sama, yang mencatat jarak kurang daripada 180 km dengan caj penuh turun kepada 20 peratus semasa ujian kami.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 29

Selain itu, jika anda menggunakan pengecas pantas DC 50 kW, ia mengambil masa kira-kira 45 minit untuk Hyundai Kona EV mengecas dari 20 hingga 80 peratus.

Konklusi

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 30

Membandingkan Hyundai Kona Electric dengan pesaing terdekatnya buat masa ini iaitu Nissan Leaf, undian kami semestinya diberikan kepada Hyundai Kona Electric. Bahagian dalamannya terasa seperti sebuah SUV abad ke-21 dan ia lebih cekap tenaga berbanding Leaf.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 31

Jika anda masih berkira-kira sama ada mahu menggunakan EV, mudah sahaja jawapannya.

Jika ia satu-satunya kereta anda, jangan beli EV lagi. Kumpulan pro-EV akan memberitahu anda sebaliknya, tetapi ada kalanya perjalanan yang tak dirancang berlaku dan EV, pada masa ini, tidak dapat memberikan anda ketenangan fikiran untuk melengkapi perjalanan tersebut.

Tak perlu banyak, cukuplah jika terdapat pengecaj yang rosak atau tidak boleh digunakan maka anda akan tersadai dengan kegagalan rancangan untuk hari itu. Malah, aplikasi pengecaj juga tidak banyak membantu.

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)? 32

Walau bagaimanapun, jika ia adalah kereta kedua, ketiga, atau mungkin keenam anda, dan mungkin anda sedang mencari sesuatu untuk melengkapkan perjalanan harian singkat ke pejabat dan pulang, maka ya, anda benar-benar harus membelinya. Malah, pada harga di bawah RM200k, Hyundai Kona Electric cukup untuk anda miliki.

Baca: ETCM mengesahkan harga bebas cukai untuk Nissan Leaf adalah RM 169k, langganan pada RM 2.3k sebulan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda